Categories: Tips & Petua

Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!

Kalau bercakap tentang cara pilih oren manis, ramai sebenarnya masih bergantung pada nasib bila beli buah di pasar raya atau pasar malam. Kadang-kadang nampak elok dari luar, tapi bila sampai rumah, rasa masam atau isi tak berjus memang boleh buat kecewa.

Sebenarnya ada satu tips mudah yang ramai orang guna untuk pilih oren yang lebih manis dan berjus. Tak perlu tekan-tekan buah atau agak-agak lagi. Cuma tengok pada bahagian atas oren saja! Tak sangka boleh jadi petunjuk sama ada buah itu betul-betul manis atau tidak.

Baca  juga: Rahsia Rebus Jagung Tanpa Kulit Tapi Kekal Manis & Rangup, Rupanya Ini Caranya!

Cara Pilih Oren Manis & Berjus

Kalau nak cari oren yang manis, cuba perhatikan bahagian atas buah oren tersebut. Pilih oren yang mempunyai bulatan besar pada bahagian atas buah. Kebiasaannya, oren jenis ini mempunyai isi yang lebih manis, lebih berjus dan sedap dimakan.

Menurut petua orang lama dan pengalaman ramai pembeli buah, bentuk pada bahagian atas oren berkait dengan tahap kematangan dan kandungan air dalam buah tersebut. alau bahagian atasnya kecil atau terlalu rata, ada kemungkinan rasa buah lebih masam atau kurang berjus.

Walaupun bukan 100% tepat untuk semua jenis oren, tips ini memang membantu terutama ketika membeli dalam kuantiti banyak. Tambah pula sekarang harga buah agak mahal, mestilah kita nak pilih yang puas hati dan sedap dimakan seisi keluarga.

Tip Tambahan

Selain tengok bahagian atas buah, anda juga boleh cuba beberapa tips ini:

  1. Pilih Oren Yang Berat- Oren yang terasa lebih berat biasanya mengandungi lebih banyak air dan lebih berjus.
  2. Kulit Tidak Terlalu Tebal- Kulit yang sederhana nipis selalunya menandakan isi lebih penuh dan manis.
  3. Warna Oren Sekata- Pilih buah yang warnanya cantik dan sekata tanpa tompok lembik atau kesan rosak.
  4. Elak Buah Terlalu Keras- Oren yang terlalu keras kadang-kadang belum cukup masak dan rasa lebih masam.

Selepas ini bolehlah cuba tips mudah ini bila beli oren dekat pasar malam atau pasar raya. Dijamin dah tak tersalah pilih buah masam lagi!

Sumber: Thread @nurzahidah91

Baca juga: Cara Kenal Pasti Harumanis Yang Sudah Masak, Baru Puas Makan Yang Manis & Berjus!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago