harumanis

Musim mangga harumanis memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Tapi masalah yang selalu berlaku, kita beli dengan penuh harapan, balik rumah rupanya masih keras atau belum cukup manis.

Sebenarnya, ada cara mudah untuk kenal pasti buah harumanis yang sudah cukup masak dan sedap dimakan. Tak perlu teka-teka atau main agak-agak, cuma perhatikan beberapa tanda penting pada buah.

Kalau ikut langkah yang betul, confirm dapat harumanis yang manis, berjus dan lembut. Jom kita tengok cara lengkap yang boleh terus diamalkan setiap kali nak beli atau makan buah Harumanis.

Baca juga: Cara Peram Buah Avokado Supaya Ranum Sempurna, Elak Isi Lebam Dan Rosak!

TIP PILIH HARUMANIS YANG SUDAH MASAK DAN MANIS

harumanis

Sumber gambar: Deenamik

1. Tengok warna kulit

Perhatikan warna kulit buah. Harumanis yang sudah masak biasanya berubah kepada warna kuning sekitar 90% pada permukaan kulitnya. Jika masih hijau sepenuhnya, kemungkinan besar belum cukup masak.

2. Bau buah

Perhatikan warna kulit buah. Harumanis yang sudah masak biasanya berubah kepada warna kuning sekitar 90% pada permukaan kulitnya. Jika masih hijau sepenuhnya, kemungkinan besar belum cukup masak.

3. Tekan perlahan

Tekan perlahan-lahan pada beberapa bahagian buah. Buah yang sudah masak akan terasa sedikit lembut. Jika semua bahagian sudah lembut sekata, itu petanda ia sudah elok untuk dimakan.

4. Kupas sedikit

Kupas sedikit di bahagian tangkai atau pangkal buah. Jika isi di dalam berwarna kuning keemasan atau oren pekat serta lembut, maka buah tersebut memang sudah masak sepenuhnya.

Sumber: Harum Manis Perlis Malaysia

Baca juga: Jenis Buah Naga Rupanya Ada Banyak, Warna Dan Rasa Pun Berbeza-Beza

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN