gulai daging tanpa santan

Asyik makan kari bersantan, apa kata kali ini tukar selera dengan mencuba resepi gulai daging tanpa santan. Menu ini bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga mudah sangat untuk disediakan. Bak kata orang, ‘campak-campak’ je dah siap!

Bagi yang ingin mencuba, jom lihat lihat resipi perkongsian oleh Puan Puteri Nur Asmira di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Tip Masak Ikan Gulai Kuning Lengkuas ‘Padu’, Dijamin Jatuh Cinta Pada Suapan Pertama!

RESEPI GULAI DAGING TANPA SANTAN

gulai daging tanpa santan

Bahan-bahan:

  • Daun kari
  • 3 sekawan (rempah)
  • 2 biji bawang merah (besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia (secukupnya)
  • Pes kari (serbuk kari, serbuk cili, bancuh dengan air)
  • Daging (yang telah direbus)
  • Kentang (yang telah direbus)
  • Kerisik (setengah sudu makan)
  • Air (ikut keperluan)

Cara memasak:

  1. Tumis daun kari bersama 3 sekawan.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Gunakan 2 biji bawang merah besar.
  3. Masukkan pes kari (serbuk kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan air).
  4. Tunggu sehingga pecah minyak.
  5. Perasakan mengikut selera.
  6. Masukkan daging yang telah direbus dan kentang yang telah direbus. Saya biasanya rebus semuanya terlebih dahulu, senang.
  7. Setelah itu, masukkan daging dengan api perlahan.
  8. Masukkan air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang diinginkan).
  9. Akhir sekali, masukkan sedikit kerisik (setengah sudu makan). Jika tiada kerisik, tidak mengapa.
  10. Setelah masuk kerisik, jangan biarkan lama, terus tutup api. Kuah sudah siap perasa dan pecah minyak.

Sumber: Puteri Nur Asmira

Baca juga: Resipi Kuah Gulai Kosong, Boleh Makan Dengan Apa Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN