cara pilih sayur

Ramai pengguna sekarang semakin ambil berat tentang cara pilih sayur dan buah yang lebih selamat untuk keluarga. Isu penggunaan racun perosak dalam pertanian memang sering jadi kebimbangan, jadi penting untuk kita tahu cara memilih hasil tanaman yang lebih diyakini.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi tentang cara memilih sayur-sayuran atau buah-buahan yang menggunakan racun serangga dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai kerana ia menyentuh aspek keselamatan makanan yang sering kita ambil mudah setiap hari.

 

View on Threads

 

Menurut perkongsian itu, antara cara paling mudah untuk mengenal pasti hasil pertanian yang lebih terkawal adalah dengan mencari logo MyGAP pada produk atau pembungkusannya.

Menurut beliau lagi, MyGAP adalah antara penanda aras penting dalam sektor pertanian moden di Malaysia. Ia bukan sekadar label biasa, tapi satu sistem pensijilan yang memastikan amalan pertanian lebih terkawal, selamat dan mesra pengguna.

Baca juga: 7 Cara Mudah Hilangkan Lendir & Hanyir Ikan Keli, Tak ‘Berperang’ Lagi Bila Tengah Goreng!

CARA PILIH SAYUR & BUAH YANG SELAMAT UNTUK DIMAKAN

Berikut merupakan contoh logo MyGAP yang terdapat pada pembungkusan sayur dan buah:

cara pilih sayur

cara pilih sayur

Menariknya, perkongsian tentang MyGAP ini turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.

“MyGAP ni biasanya dijual di pasar raya. Kalau di luar bandar susah nak jumpa sayur packaging MyGAP ni. Jadinya, kalau ke wet market, tengok sayur yang ada lubang-lubang kena makan ulat, beli yang tu. Kalau beli yang langsung takde lubang kena makan ulat, yang tu potensi penggunaan racun tinggi, sampai langsung takde ulat nak makan kecuali penjual sayur tu kata dia tanam kaedah hydroponic atau dalam green house.”

Seorang lagi netizen turut berkongsi penerangan tambahan:

“Betul, Good Agricultural Practice (GAP) ni bukanlah bermaksud tak guna racun langsung. Tapi selagi boleh elak, petani akan elakkan. Biasanya pendekatan yang digunakan ialah IPM (Integrated Pest Management) seperti giliran tanaman, menanam tumbuhan yang boleh menghalau serangga, dan kawalan perosak secara semula jadi.

Kalau perlu guna racun pula, hanya racun yang telah diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak sahaja akan digunakan, dan ia mesti mengikut kadar serta garis panduan yang ditetapkan.” 

Sumber: Thread @nnjeehaz

Baca juga: Ayam Nampak Segar Belum Tentu Fresh! Ini Cara Mudah Bezakan Ayam Baharu & Lama Di Pasar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN