halau semut

Ada petua halau semut dari panjat meja makan yang boleh dicuba di rumah tanpa perlu guna bahan yang mahal atau susah nak cari. Masalah semut atas meja makan memang selalu jadi gangguan, lebih-lebih lagi bila ada makanan atau minuman manis terhidang.

Kadang-kadang baru sahaja letak kuih, air atau snek atas meja, tak lama kemudian semut dah mula naik dari kaki meja. Situasi ini memang biasa berlaku dan boleh buat kita rasa tidak selesa, terutama bila sedang makan bersama keluarga atau ada tetamu.s.

Sebenarnya ada beberapa cara mudah dan murah yang boleh dicuba untuk mengelakkan semut memanjat meja makan. Tak perlu modal besar atau beli barang mahal pun. Dengan hanya menggunakan barang yang sedia ada di rumah, masalah semut boleh dikurangkan dengan lebih cepat dan praktikal.

Baca juga: 7 Cara Mudah Hilangkan Lendir & Hanyir Ikan Keli, Tak ‘Berperang’ Lagi Bila Tengah Goreng!

3 PETUA HALAU SEMUT DARI PANJAT MEJA MAKAN

1. Gunakan Double Sided Tape Pada Kaki Meja

halau semut

Antara cara paling mudah dan popular ialah menggunakan double sided tape pada kaki meja makan. Teknik ini nampak simple, tapi ramai yang kata memang menjadi.

Cara-caranya:

  1. Sediakan double sided tape dan gunting.
  2. Tampalkan pita tersebut mengelilingi kaki meja.
  3. Pastikan bahagian gam berada di luar supaya semut tidak dapat memanjat.

Biasanya gam boleh tahan sekitar 1 hingga 2 minggu sebelum kurang melekat. Bila dah hilang gam, hanya perlu tampal semula pada tempat yang sama.

2. Sapu Minyak Pada Kaki Meja

Selain tape, anda juga boleh guna minyak sebagai penghalang semut. Petua ini memang antara cara tradisional yang masih digunakan sampai sekarang.

Cara-caranya:

  1. Calit sedikit minyak pada jari.
  2. Sapu nipis pada sekeliling kaki meja.

Permukaan berminyak akan menyukarkan semut untuk memanjat naik. Anda boleh gunakan minyak masak biasa sahaja. Namun begitu, pastikan sapuan diulang semula selepas beberapa hari atau bila minyak mula kering supaya semut tidak sempat membuat “laluan” baru.

3. Gunakan Stoking Lama Dan Penyembur Serangga

Kalau ada stoking lama di rumah, jangan terus buang. Rupanya ia boleh dijadikan salah satu cara menghalang semut naik ke meja makan.

Cara-caranya:

  1. Ambil sepasang stoking lama.
  2. Potong kepada empat bahagian untuk setiap kaki meja.
  3. Sarungkan pada kaki meja.
  4. Kemudian semburkan dengan penyembur serangga seperti Ridsect atau produk yang sesuai.

Cara ini bukan saja membantu menghalang semut, malah ada yang berkongsi ia juga boleh mengelakkan lipas dan cicak daripada naik ke meja. Tetapi pastikan semburan dilakukan dengan berhati-hati dan jauh daripada makanan atau kawasan yang mudah dicapai kanak-kanak.

Sumber: Facebook

Baca juga: Jangan Main Ambil Je, Rupanya Ini 5 Cara Memilih Sotong Yang Betul-Betul Segar Di Pasar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN