cara pilih ikan

Pernah tak beli ikan merah yang nampak segar, mata jernih, insang merah, tapi bila dimasak, isinya jadi liat dan keras? Sebenarnya, ramai tak tahu ada satu cara pilih ikan merah supaya isinya lembut.

Qasehmia kongsikan petua daripada ahli keluarganya yang suatu ketika dahulu pernah berniaga ikan di pasar malam. Jadi, tip ini datang daripada pengalaman orang lama dalam dunia jual ikan.

Selain mata jernih, insang merah dan badan tidak berlendir, ada satu lagi cara pilih ikan merah supaya isinya lebih lembut dan sedap. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Pilih Telur Ayam Segar Dan Bagus, Tengok Kulit Terus Tahu Baru Atau Lama!

CARA PILIH IKAN MERAH ISI LEMBUT

cara pilih ikan

Kredit gambar: Facebook Pasar Borong Abang

1. Pegang ikan merah pada bahagian hujung ekor iaitu bahagian yang paling nipis.

2. Cuba lipat sedikit sahaja hujung ekor tersebut menggunakan jari.

3. Perhatikan keadaan ekor ikan:

  • Jika hujung ekor mudah patah, ini menandakan isi ikan tersebut lembut dan sesuai untuk dimasak.
  • Jika hujung ekor liat dan susah dilipat, kebiasaannya isi ikan juga akan menjadi liat selepas dimasak.

4. Kaedah ini merupakan salah satu cara yang diamalkan oleh penjual ikan berpengalaman.

Nak beli ikan merah di pasar nanti, cuba praktikkan petua ini. Perkara kecil, tapi bezanya besar pada rasa isi ikan bila dimasak.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Pasar Borong Abang & Pasar Segar Hannah Grocer

Sumber: Qasehmia

Baca juga: Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN