jenis kubis

Sewaktu beli kubis, ramai yang terus capai mana yang nampak segar. Jika anda tahu jenis kubis dan khasiatnya, lebih mudah nak pilih yang sesuai dengan menu.

Walaupun semua kubis nampak sama, namun ada beberapa jenis yang berbeza. Setiap satunya ada rasa, tekstur dan kelebihan tersendiri untuk menjadikan masakan lebih sedap.

Dalam perkongsian Faraherda di Lemon8, beliau kongsikan jenis kubis yang selalu kita jumpa di pasar dan masakan apa yang paling sesuai dengannya. Jom kita tengok!

Baca juga: Santan Segar VS Santan Kotak, Ini Panduan Memasak Ikut Jenis Lauk, Jangan Salah Guna!

4 JENIS KUBIS POPULAR DI PASAR & MASAKAN YANG SESUAI

1. KUBIS BIASA.

jenis kubis

Kredit gambar: Mateus Andre dari Freepik

Khasiat: Kaya dengan vitamin C, vitamin K, dan serat yang membantu pencernaan serta meningkatkan sistem imun. Ia juga rendah kalori, jadi sesuai untuk menu sihat.

Masakan sesuai: Sedap digoreng ringkas dengan bawang putih, dimasukkan dalam sup, dibuat coleslaw atau dijadikan sayur campur.

2. KUBIS BEIJING.

jenis kubis

Kredit gambar: QQ Fresh Mart

Khasiat: Mengandungi vitamin A, C, K serta folat yang baik untuk kesihatan kulit dan mata. Teksturnya lembut dan mudah dihadam, sesuai juga untuk kanak-kanak atau warga emas.

Masakan sesuai: Paling sesuai untuk masakan berkuah seperti sup, sukiyaki, steamboat, atau dimasak bersama mi sup.

3. KUBIS UNGU.

Kredit gambar: KamranAydinov dari Freepik

Khasiat: Tinggi antioksidan (anthocyanin) yang membantu melawan radikal bebas serta kaya dengan vitamin C dan serat. Ia juga baik untuk kesihatan jantung.

Masakan sesuai: Selalu digunakan dalam salad, sandwich, coleslaw atau sebagai hiasan dalam hidangan moden kerana warnanya yang menyerlah.

4. KUBIS NAPA ATAU CINA.

Kredit gambar: MIgardener

Khasiat: Mengandungi kalsium, zat besi, dan vitamin B6. Teksturnya lembut dan mempunyai sedikit rasa manis semula jadi, sesuai untuk tambah tenaga harian.

Masakan sesuai: Sedap ditumis ringkas, dimasukkan dalam sup atau dijadikan bahan tambahan dalam bihun goreng dan mee goreng.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: KamranAydinov dari Freepik, Facebook Daily Diaries, QQ FResh Mart 

Sumber: faraherda

Baca juga: Jenis-Jenis Sotong Yang Selalu Orang Masak, Yang Mana Paling Padu Masak Sambal?

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN