
Tak ramai yang sukakan lendir daripada bendi yang dimasak kerana ia membuatkan sayur itu jadi lembik. Jangan risau, selepas ini anda boleh gunakan tips bendi tak berlendir ini.
Bendi sering dijadikan bahan dalam masakan seperti kari, sup dan gulai. Selain itu, ia juga sering dimasukkan dalam masakan Melayu seperti sambal, tumis, asam pedas dan lain-lain.
Bukan saja terkenal dengan rasa rangup dan lembutnya, tapi bendi juga dengan teksturnya yang berlendir. Oleh sebab itu, ramai yang tak begitu suka untuk masak bendi di rumah.
Oleh disebabkan ramai yang masih hadapi masalah bendi berlendir ketika masak, jadi kami kongsikan beberapa tips dengan petua yang mudah untuk anda ikut.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Buang Lendir Ikan Keli Dengan Cepat, Goreng Pun Tak Meletup!
TIPS BENDI TAK BERLENDIR

1. Mula-mula, pastikan basuh bendi terlebih dahulu sebelum potong.
2. Kemudian, toskan bendi sampai kering. Lap dengan menggunakan tisu dapur jika perlu.
3. Paling penting, jangan potong siap-siap, tapi potong semasa nak masak.
4. Jika tumis, elakkan daripada menggunakan bawang merah semasa tumis.
5. Apabila nak tumis, pastikan untuk guna api yang besar.
6. Akhir sekali, jangan masukkan air kerana ia akan buatkan bendi semakin berlendir.

Apabila masakan bendi jadi berlendir, ia akan membuatkan rasa hidangan menjadi kurang enak. Tambahan pula, bendi seharusnya dimakan dengan warna hijau segar dan rangup.
Tapi setelah menggunakan tips bendi tak berlendir ini, anda akan dapati bendi yang dimasak bukan saja rangup, malah warnanya kekal hijau dan tak lembik langsung.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NorbayaDahalan
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir, Serius Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














