
Buah blueberry antara buah yang digemari ramai kerana rasanya yang manis dan masam serta kaya dengan khasiat.
Ia juga terkenal sebagai superfood kerana mengandungi antioksidan tinggi, vitamin C dan serat yang baik untuk kesihatan.
Walaupun harganya agak premium, ramai sanggup membeli buah blueberry kerana ia sedap dinikmati terus begitu sahaja, dijadikan jus, topping untuk kek, campuran dalam salad atau smoothie.
Namun, ramai juga yang kecewa apabila buah blueberry cepat rosak, lembik atau rasanya tawar.
Sebenarnya, ada beberapa cara mudah untuk pilih yang segar, manis dan tahan lebih lama. Jom baca artikel ini sampai habis.
Baca juga: Rahsia Simpan Buah Lemon Agar Tahan Lama, 3 Bulan Pun Kekal Segar Macam Baru Beli!
CARA PILIH BUAH BLUEBERRY SEGAR DAN MANIS

1. Perhatikan Warna Kulit
Pilih blueberry yang berwarna biru gelap keunguan. Warna ini menandakan buah sudah masak sepenuhnya.
Elakkan buah yang masih ada tompokan merah atau hijau kerana ia belum cukup ranum dan rasanya akan masam.
2. Cari Lapisan “Debu Putih” Semula Jadi
Blueberry yang segar ada lapisan debu putih nipis di permukaan buah (dipanggil natural bloom).
Lapisan ini sebenarnya pelindung semula jadi yang menandakan buah masih baru dipetik. Kalau blueberry nampak terlalu berkilat, mungkin ia sudah lama atau telah diproses.
3. Pilih Buah Yang Pejal
Pegang bekas buah dan goncang perlahan. Kalau buah nampak pejal, tidak lembik atau berair, itu tanda buah segar. Buah yang sudah lembik biasanya cepat rosak dan rasanya tawar.
4. Elakkan Buah Yang Berkulat
Periksa dengan teliti, terutamanya di bahagian bawah bekas. Buah mudah berkulat jika terdedah kepada kelembapan. Walaupun cuma ada beberapa biji yang rosak, ia boleh merebak dengan cepat.
5. Pilih Bekas Yang Berat
Bekas yang berat biasanya mengandungi buah yang penuh isi dan berjus. Kalau terasa ringan, mungkin buah di dalam sudah mula kecut atau kering.
Cara simpan buah blueberry supaya tahan lama:
- Simpan dalam bekas asal yang berlubang untuk aliran udara.
- Jangan basuh sebelum simpan. Basuh hanya sebelum dimakan supaya buah tidak cepat lembik.
- Untuk simpan lama supaya tak rosak, boleh bebukan buah blueberry. Caranya: basuh, keringkan, kemudian simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk beku.
Sumber: Fresh Vision
Baca juga: Ini Cara Mudah Pilih Buah Salak Yang Sedap, Manis & Rangup, Tak Ramai Yang Tahu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














