Pernah nampak orang jual dadih di pasar malam atau media sosial, lembut berkrim sampai tertanya-tanya resipinya. Sebenarnya, ada cara nak buat dadih gedik yang patut anda cuba.
Ramai yang tak tahu dadih sebenarnya sejenis produk tenusu mirip yogurt tradisional khas dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang biasanya dibuat menggunakan susu kerbau.
Pelbagai variasi dadih yang sedap belaka sampaikan ia menjadi produk paling laku keras untuk berniaga kerana tiada siapa akan menolak untuk makan pencuci mulut yang sedap ini.
Selama ini beli di luar saja, jadi apa kata hari ini anda buat sendiri di rumah dengan mengikut cara nak buat dadih gedik oleh Nur Diyana Isha di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Sagu Pelangi, Begini Caranya Dapat Hasil Cantik Dan Tak Hancur
CARA NAK BUAT DADIH GEDIK
Bahan-bahan:
- 4 liter air
- 1 tin susu cair 390g
- 150g susu pekat
- 250g gula
- 1 paket serbuk dadih
Cara-cara membuat:
1. Masak sekaligus dalam periuk, rajin-rajin kacau supaya nanti tiada susu berketul.
2. Setelah nampak menggelegak, terus tutup api.
3. Selepas itu, kacau tanpa henti selama 30 saat, baru masukkan serbuk dadih.
4. Kemudian, kacau lagi dalam 1 hingga 2 minit.
5. Setelah itu, biarkan sekejap dan baru masukkan pemanis tiruan dalam paket kecik.
6. Akhir sekali, biarkan 5 minit dan tuang dalam bekas. Siap!
Antara perisa dadih yang boleh dibuat seperti jagung, keladi, coklat, strawberi dan pisang. Senang cerita, semuanya sedap dan lemak berkrim apabila dimakan.
Jika tak nak peti sejuk cepat rosak, pastikan anda biarkan dadih betul-betul sejuk pada suhu bilik, kemudian barulah masukkan ke dalam peti sejuk.
Begitu mudah cara nak buat dadih gedik ini sampaikan ramai terfikir untuk buat berniaga secara dalam talian. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya sebagai pencuci mulut di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana Isha
Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim!