beza madu asli dan tiruan

Umum mengetahui bahawa madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Madu juga sangat mudah untuk didapati sekarang lagi-lagi di pasar raya. Namun begitu, tidak semua yang dijual adalah 100% madu asli.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @darlina2020, wanita ini telah berkongsikan cara nak bezakan madu yang dibeli itu asli ataupun madu palsu.

Cara Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan

Caranya mudah saja, tuangkan sedikit madu ke atas pinggan yang rata. Campurkan dengan sedikit air.

Kemudian pusingkan pinggan mengikut arah jam atau lawan jam. Jika madu tersebut asli, ia akan tenggelam dalam air dan berbentuk seakan menyerupai sarang lebah. Jika sebaliknya, madu tersebut mungkin madu tiruan yang telah dicampur dengan air dan gula.

Menerjah ke ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang turut berkongsikan cara lain untuk membezakan yang asli dan palsu.

“Guna lilin..”

Tuangkan madu ke atas sudu. Kemudian bakar sudu dibawah api lilin. Jika madu menjadi keras bermakna madu tersebut adalah madu campuran.

“Letak dalam peti ais beku..”

Salah satu cara lain adalah dengan meletakkan madu di dalam peti ais beku. Jika madu tidak mengeras bermakna ia adalah asli. Jika sebaliknya, ia merupakan madu palsu.

Untuk lebih mudah faham, lihat video di bawah.

Kredit: TikTok @darlina2020

Baca juga: Nak Beli Buah Wajib Baca Label Dulu, Penting Elak Buah Dari ‘2 Negara’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN