Categories: Tips & Petua

Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Rendam Lagi Bila Nak Masak

Biasanya lepas cuci ayam yang dibeli, kita akan simpan ayam semua sekaligus dalam bekas atau plastik kan? Bila nak masak, kena rendam dalam air terlebih dahulu untuk leraikan ayam.

Bukan saja membazir masa, ayam bila dah direndam macam tu rasa tidak akan rasa fresh lagi. Nak tak nak, memang kena masak semua ayam tersebut.

Kalau nak cepat dan jimat masa, ikut saja cara simpan ayam yang jarang dibuat orang ini. Cara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Rose Afifi.

Cara Simpan Ayam Yang Mudah, Tak Perlu Rendam Bila Nak Masak

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok, Rose Afifi berkongsikan cara simpan ayam yang mudah bagi mereka yang bekerja.

Cara-caranya:

1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan.

2.  Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.

3. Letakkan pembalut ketas dalam bekas. Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.

4. Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.

5. Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.

6. Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air. Selamat mencuba!

Video penuh 1

Video penuh 2

Sumber: Rose Affi

Baca juga: “Baru Pakai Sekali, Sayang Nak Buang!” Chef Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago