Categories: Resipi

Resipi Tauhu Berlauk Penuh Isi Ayam & Sayur, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sambal Kicap!

Cara membuat tauhu berlauk sebenarnya tak susah dan boleh dibuat dalam kuantiti banyak untuk stok di rumah. Tauhu yang dicampur dengan isi ayam, sayur-sayuran dan telur ini dikukus terlebih dahulu sebelum digoreng hingga keperangan.

Menariknya, tauhu berlauk ini sesuai sangat dibuat banyak-banyak. Selepas dikukus dan disejukkan, boleh potong mengikut saiz yang diingini dan simpan sebagai stok frozen. Bila terasa nak makan, keluarkan dan terus goreng.

Lagi sedap kalau dimakan panas-panas bersama sambal kicap yang pedas, manis dan cukup menyengat. Kalau ada anak-anak di rumah, boleh juga buat saiz kecil supaya senang dimakan sebagai sarapan atau kudapan.

Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Suun, Menu Simple & Sedap Ini Confirm Nak ‘Repeat’ Hari-Hari!

CARA MEMBUAT TAUHU BERLAUK GORENG RANGUP

Bahan kisar:

  • 3 keping tauhu petak biasa
  • 3 batang tauhu telur
  • 1 paket tauhu lembut
  • 3 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam

Bahan isi:

  • 1 mangkuk isi ayam
  • 3 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (disagat dan dihiris halus)
  • 1 paket cendawan butang (dihiris nipis)
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk menggoreng:

  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya
  • Bahan sambal kicap
  • 10 biji cili padi, boleh tambah jika suka lebih pedas
  • 4 ulas bawang putih
  • Kicap manis secukupnya

Cara membuat tauhu berlauk:

  1. Masukkan tauhu petak, tauhu telur, tauhu lembut, telur dan kiub pati ayam ke dalam pengisar.
  2. Kisar semua bahan sehingga lumat dan sebati.
  3. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas besar.
  4. Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang holland, lobak merah dan cendawan butang.
  5. Tambahkan serbuk lada putih, serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk dikukus.
  7. Kukus selama kira-kira 15 hingga 28 minit atau sehingga tauhu berlauk masak dan set. Masa mengukus mungkin berbeza mengikut saiz dan ketebalan adunan.
  8. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sehingga sejuk sepenuhnya. Potong kecil mengikut saiz yang diingini.
  9. Untuk menggoreng, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan pukul sedikit.
  10. Celupkan setiap keping tauhu berlauk ke dalam telur.
  11. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sehingga bahagian luar berwarna perang keemasan. Angkat dan toskan.
  12. Hidangkan tauhu berlauk panas-panas bersama sambal kicap.

Cara buat sambal kicap:

  1. Goreng cili padi dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan kedua-duanya ke dalam pengisar dan kisar bersama kicap manis. Tambahkan kicap mengikut tahap kepekatan dan rasa yang diingini.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sambal kicap siap untuk dihidangkan bersama tauhu berlauk.

Sumber: Aisya Humaira

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

53 minutes ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

1 hour ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

2 hours ago

Apam Kampung Mudah Gebu Dan Lembut, Makan Dengan Kelapa Parut Memang Terangkat!

Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…

3 hours ago

Cara Buat Mini Cheese Tart Tanpa Telur, Sekali Adun Boleh Dapat Hingga 40 Biji!

Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…

22 hours ago

Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…

22 hours ago