
Sedang tercari idea menu ringkas tapi sedap? Jom kami kongsikan cara buat tauhu goreng suun yang mudah dan gerenti membuka selera! Hidangan ini memang sesuai untuk dinikmati bersama nasi panas atau dijadikan lauk sampingan ketika makan malam.
Kombinasi tauhu goreng yang rangup bersama suhun yang lembut, digaul pula dengan sambal yang pedas manis, memang buat siapa saja makan bertambah. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan cara penyediaannya tak ambil masa lama pun.
Kalau anda bosan dengan menu yang sama setiap hari, cubalah resipi tauhu goreng suun ini. Bukan saja sedap, malah senang sangat nak buat di rumah!
Baca juga: Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Buat Teringat-ingat!
CARA BUAT TAUHU GORENG SUHUN

Bahan-bahan:
- Tauhu 4 biji (potong dadu, goreng dan ketepikan)
- Suhun 1 bungkus (anggaran RM0.50)
- Cili merah 2 biji
- Cili padi 5 biji
- Bawang merah 5 ulas
- Bawang putih 1 ulas
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 ketul pati ayam
- Sedikit kicap manis
- Sedikit daun bawang dan cili merah untuk hiasan
Cara-cara:
- Tumbuk semua bahan ini iaitu cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, kicap manis, garam, gula dan pati ayam.
- Masak hingga kuah sedikit kering.
- Masukkan suhun dan tauhu yang telah digoreng, kacau rata dan masak lebih kurang 5 minit.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
- Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Siti Fatimah
Baca juga: Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














