Categories: Resipi

Cara Buat Taufufa Lembut Ala Pasar Malam, Guna 3 Bahan Mudah Sahaja

Cara membuat taufufa sebenarnya sangat mudah dan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Jika selama ini anda menikmati taufufa lembut ala pasar malam, kini anda boleh buat sendiri di rumah tanpa bahan rumit.

Resipi perkongsian Intan Mazura Masri ini pernah tular di Facebook kerana hasilnya yang lembut, cantik dan menjadi walaupun tanpa serbuk taufufa khas. Lebih menarik, taufufa ini sesuai dibuat awal dan dinikmati sejuk-sejuk.

Baca juga: Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

CARA MEMBUAT TAUFUFA MUDAH DI RUMAH

Bahan-bahan:

  • Agar-agar – 1 cawan air
    (Jika guna agar-agar 12 gram, ambil separuh sahaja)
  • Susu soya – 2 liter (± 2 kotak besar)
  • Gula – ikut selera
    (Boleh guna susu soya kurang gula jika tidak suka manis)

Bahan-bahan air gula melaka:

  • Gula melaka – 1 keping
  • Gula putih – 2 sudu besar
  • Air – 3 cawan
  • Daun pandan – 1 helai
  • Halia – sedikit (pilihan, tetapi menambah aroma)

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan agar-agar ke dalam 1 cawan air dan masak sehingga larut sepenuhnya.

2. Apabila agar-agar sudah larut sebati, tuangkan 2 liter susu soya ke dalam periuk.

3. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula mengikut citarasa.

4. Masak hingga adunan mendidih perlahan, kemudian tutup api.

5. Tuang adunan ke dalam bekas besar.

6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

Cara-cara penyediaan air gula melaka:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Masak hingga gula larut sepenuhnya dan mendidih.

3. Tutup api dan tapis air gula.

4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Cara-cara hidang taufufa:

1.Ceduk taufufa perlahan-lahan menggunakan senduk.

2. Siram air gula melaka secukupnya.

3. Boleh tambah ais jika suka lebih sejuk dan menyegarkan.

Tips penting supaya taufufa tak gagal:

  • Gunakan agar-agar separuh sahaja, jangan terlebih.
  • Jangan kacau kuat selepas adunan dituang ke dalam bekas.
  • Gunakan bekas besar supaya tekstur taufufa lebih cantik.
  • Pastikan taufufa betul-betul sejuk sebelum diceduk.

Ramai yang berjaya mencuba cara membuat taufufa ini dan memuji teksturnya yang lembut, licin dan hampir sama seperti taufufa yang dijual di pasar malam.

Terima kasih kepada Intan Mazura Masri atas perkongsian resipi taufufa mudah dan menjadi. Jika anda gemarkan resipi ringkas, jimat dan sedap seperti ini, jangan lupa simpan dan kongsikan untuk rujukan akan datang.

Selamat mencuba!

Sumber: Intan Mazura Masri

Baca juga: Resipi Sagu Gula Melaka Mudah Hanya 5 Bahan, Lembut Dan Wangi Kejadiannya!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

4 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

4 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

5 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

6 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

7 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

8 hours ago