Ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila masakan sendiri akhirnya mendapat pujian daripada orang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila lauk yang dimasak itu adalah Ikan Masak Gulai Kuning, hidangan tradisional yang ramai anggap mencabar.
Perasaan inilah yang dirasai oleh Izatie Khaidir apabila pertama kali memberanikan diri memasak Ikan Masak Gulai Kuning. Walaupun risau kuah tak menjadi dan rasa tak seimbang, percubaan ini akhirnya membuahkan hasil.
Lebih manis, resipi yang dimasak menerima pujian daripada insan tersayang, sekali gus menaikkan keyakinan untuk terus mencuba lauk-lauk tradisional lain di dapur.
Baca juga: Gulai Ayam Pekat Beraroma, INI Rahsia Pecah Minyak Buat Kuah Lebih Sedap!
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus dan sebati.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak tanpa minyak sehingga mendidih dan naik bau.
3. Masukkan santan, garam, asam keping dan sedikit gula. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.
4. Apabila kuah mula menggelegak, masukkan ikan, timun dan lada hijau.
5. Masak sehingga ikan masak sempurna dan kuah cukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau anda selalu rasa takut nak cuba lauk tradisional kerana bimbang tak menjadi, resipi Ikan Masak Gulai Kuning memang sesuai untuk dicuba. Bahan mudah, langkah ringkas dan hasilnya cukup memuaskan.
Siapa tahu, selepas ini anda pula yang akan menerima pujian sampai senyum tak henti di dapur.
Selamat mencuba!
Sumber: Izatie Khaidir
Baca juga: Resepi Gulai Betik Muda Kerang Tumis Darat, Lauk Dulu-Dulu Yang Susah Nak Jumpa Sekarang
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…