resepi keria gula melaka

Pantang nampak peniaga kuih jual keria gula melaka, mesti singgah untuk membelinya. Nak buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi Keria Gula Melaka yang hasilnya sangat gebu.

Bahan untuk buat Keria Gula Melaka tak begitu rumit, tapi bila digoreng dan disira gula melaka pekat berkilat, aromanya terus buat perut berbunyi. Sekali gigit, rasa tak cukup sebiji.

Resepi Keria Gula Melaka yang dikongsikan oleh Siti Saemah di Facebook ini sesuai sangat untuk yang suka kuih gebu di luar dan lembut di dalam. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa

RESEPI KERIA GULA MELAKA

resepi keria gula melaka

Bahan-bahan:

Bahan sira gula melaka:

  • 1 biji gula melaka (dihancurkan)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara memasak:

1. Keledek yang telah dikukus perlu disejukkan terlebih dahulu.

2. Bila dah sejuk, tumbuk hingga betul-betul lumat.

3. Masukkan tepung beras dan tepung gandum.

4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

5. Ambil sedikit doh, bulatkan seperti bola pingpong dan buat lubang di tengah.

6. Ulang sehingga doh habis.

7. Panaskan minyak yang banyak.

8. Pastikan minyak betul-betul panas dan keria tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.

9. Jangan terlalu penuh dalam kuali kerana keria akan mengembang.

10. Goreng sehingga warna kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.

11. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan dalam kuali.

12. Reneh sehingga mendidih dan berbuih kasar.

13. Masukkan keria yang telah digoreng ke dalam sira.

14. Gaul cepat dan rata sehingga keria kelihatan berkilat cantik.

15. Terus angkat supaya keria tidak melekat dan siranya kekal elok.

Tip supaya keria jadi cantik dan tak keras:

  • Jangan uli doh terlalu lama, cukup sekadar sebati.
  • Minyak mesti banyak dan panas supaya keria naik cantik dan tak serap minyak.
  • Sira jangan terlalu lama, cukup sekadar salut, nanti keria jadi melekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Saemah

Baca juga: Tips Sira Gula Kuih Keria Tak Cair & Tahan Sampai ke Petang, Wajib Masukkan Tepung ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN