sagu gula melaka mudah

Kuih tradisi sering membawa nostalgia zaman kanak-kanak, terutama bagi yang membesar dengan kuih-muih Melayu. Jika teringin makan, boleh buat Sagu Gula Melaka mudah menggunakan lima bahan saja.

Sagu Gula Melaka diperbuat daripada biji sagu lembut yang disiram dengan sirap gula melaka pekat, manis dan wangi. Kuih ini popular di Malaysia sejak tahun 1960-an dan menjadi kegemaran di majlis kenduri.

Kalau anda ingin cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi Sagu Gula Melaka mudah yang dikongsikan oleh Emy Mellisa Md Kasim dengan beberapa tips menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa

RESIPI SAGU GULA MELAKA MUDAH

sagu gula melaka mudah

Bahan-bahan:

  • 2 buku gula melaka
  • 2 hingga 3 cawan air
  • Daun pandan secukupnya
  • ½ cawan sagu biji
  • Susu cair atau santan (untuk dicurahkan semasa makan)

Cara-cara memasak:

1. Masukkan gula melaka dan air ke dalam periuk. Tambahkan daun pandan untuk aroma.

2. Masak sehingga gula melaka larut dan likat. Setelah siap, tutup api dan ketepikan.

3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu biji.

4. Kacau supaya sagu tidak melekat di dasar periuk. Jika air tidak mencukupi, boleh tambah sedikit air.

5. Apabila sagu telah masak dan biji-biji sagu tidak lagi kelihatan putih, tapis sagu untuk buang lebihan air.

6. Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam gula melaka dan kacau rata sehingga sebati.

7. Masukkan ke dalam bekas dan biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

8. Curahkan susu cair atau santan yang telah dimasak ketika hendak makan.

Tips tambahan:

  • Jangan malas kacau sagu ketika merebus supaya bahagian bawah tidak hangus. Sedikit biji sagu yang masih putih tidak mengapa.
  • Jangan cuci sagu sebelum masak. Ini penting supaya biji sagu tidak larut dan hilang ketika direbus.
  • Jika anda ingin buat bubur manis, bubur jagung atau pengat pisang, rebus sagu secara berasingan terlebih dahulu.

Selamat mencuba!

Sumber: Emy Mellisa Md Kasim

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN