PENULIS
myResipi
KATEGORI
Tips & Petua
POSTED ON
2020-11-25
Sesekali memang teringin nak makan ayam madu. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak buat kan. Tapi lepas ni boleh buat ayam kepak madu dengan lebih mudah, iaitu dengan menggunakan air fryer! Mudah dan sedap ya!
Cara masak mudah, bahannya pun tak banyak, sedap pulak tu! Jadi boleh cuba untuk membuat sebagai juadah makan malam bersama nasi.
Bahan-bahan
- 8 pcs Kepak Ayam
- ½ tsp Lada Hitam
- 1 ½ Serbuk Paprika
- ¾ tsp Garam
- 2 tsp Gula
- 30g Madu
- 20 g Butter
Cara-cara
- Campur semua bahan perap ayam
- Perap ayam selama 5 jam atau semalaman
- Gaulkan madu & marjerin untuk salutkan ayam
- Masak ayam selama 8 minit menggunakan suhu 180 celcius menggunakan air fryer
- Salutkan ayam dengan campuran madu dan marjerin
- Balikkan ayam dan sambung masak untuk lagi 8 minit menggunakan suhu 180 celcius dalam air fryer