petua warna sambal cantik

Sambal berwarna cantik dan sedap bukanlah bergantung pada jenis cili semata-mata. Kali ini, kami kongsikan beberapa petua warna sambal cantik yang anda boleh praktikkan di rumah.

Nampak sambal orang lain merah menyala, licin berkilat dan beraroma, tertanya-tanya juga cara membuatnya. Dengan mengamalkan tips di bawah, hasilnya cukup puas hati.

Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

PETUA WARNA SAMBAL CANTIK DAN SEDAP

petua warna sambal cantik

1. Kisar cili kering bersama minyak masak.

Ramai yang mungkin sudah biasa rebus cili kering dan kisar dengan air, tapi cubalah kisar dengan minyak masak. Selepas cili kering direbus lembut, terus kisar dengan minyak.

Teknik ini bukan saja mempercepatkan proses menumis (sebab air sudah berkurangan), malah sambal yang terhasil akan jadi lebih halus, licin dan rasa lebih menyerap.

Apabila ditumis pula nanti, sambal lebih cepat garing dan tak meletup-letup. Hasilnya, sambal nampak lebih pekat berkilat dan terasa lebih sedap.

2. Gunakan gula merah atau gula melaka.

Petua paling ramai tak tahu iaitu menggunakan gula merah atau gula melaka dalam sambal. Selain menambah rasa lemak manis yang seimbang, gula melaka juga membantu menaikkan warna merah keemasan sambal.

Gula jenis ini memberi kesan kemerahan yang lebih natural dan tak terlalu terang seperti menggunakan pewarna. Tambahan pula, bau dan rasa pun jadi lebih wangi dan sedap.

3. Tumis cili kisar sampai masak sempurna.

Langkah ini paling penting, tapi tak ramai yang buat sebab nak cepat-cepat masukkan bahan lain. Sebenarnya, kena tumis lama sampai betul-betul masak, baru sambal tahan lama dan tak berbau mentah.

Jika cili tak cukup masak, sambal akan cepat basi dan rasa kelat. Apabila sudah betul-betul garing, minyak akan naik ke permukaan dan sambal jadi lebih tahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN