Categories: Resipi

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak menggunakan pes sama sekali. Jadi, tidak perlu susah payah beli pes di kedai.

Resipi tomyam ini juga tidak pedas, memang sesuai untuk yang ada anak-anak kecil. Selain itu, orang berpantang juga boleh cuba memasak tomyam guna cara ini.

Baca juga: Udang Sambal Petai, Masukkan Bahan RAHSIA Ini Supaya Pekat Dan Ekstra Sedap

CARA MASAK TOMYAM KAMPUNG TANPA PES

Bahan-bahan:

  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lengkuas
  • Serai
  • Sotong (atau lauk yang disukai)
  • Kiub ayam
  • Sayur yang disukai (lobak merah, kubis bunga, cendawan)
  • Daun limau purut
  • Cili padi
  • Limau nipis
  • Garam
  • Sos ikan
  • Serbuk perasa
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan agar ketumbar, bawang putih, bawang holland, lengkuas dan serai. Tumis sehingga kuning, kemudian baru masukkan tomato.
  2. Apabila semua bahan dah bertukar warna karamel, boleh masukkan air. Boleh lebihkan tomato jika nak warna kuah lebih merah nanti.
  3. Masukkan air. Kalau untuk tomyam ayam, boleh masukkan ayam dan tunggu mendidih. Tapi jika guna sotong, masukkan sayur dahulu.
  4. Perasakan dengan kiub ayam.
  5. Selepas itu, masukkan lobak merah dan bunga kubis. Boleh juga letak cendawan jika suka.
  6. Masak sehingga sayur empuk.
  7. Seterusnya, masukkan daun limau purut.
  8. Tunggu sehingga mendidih sebelum masukkan cili padi yang diketuk.
  9. Waktu ini boleh masukkan pula sotong/udang.
  10. Jangan lupa perah limau nipis untuk naikkan rasa masam.
  11. Tambahkan garam, sos ikan dan serbuk perasa.
  12. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
  13. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Suzanna Izwani Harun

Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah ‘Power’, Masak Banyak Kali Pun Tak Rasa Bosan

Nasiha

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

5 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

5 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

6 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

9 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

1 day ago