Categories: Resipi

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami cadangkan anda cuba buat Koktel Buah yang kurang manis ini.

Koktel Buah merupakan air campuran dari susu segar atau susu cair bersama buah-buahan yang dipotong dalam bentuk dadu.

Sesetengah orang menggunakan buah-buahan dalam tin dalam menyediakan Koktel Buah ini, tapi kami terjumpa resipi yang lebih menarik dengan menggunakan buah-buahan segar.

Cheyah Saripuddin telah kongsikan cara buat Koktel Buah di Facebook yang hasilnya kurang manis dan sangat sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan manis. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Nak Buat Dadih Gedik, Punyalah Sedap Sampai Mak Kata Boleh Buat Niaga

RESIPI KOKTEL BUAH

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar susu pekat
  • ½ gelas air suam (untuk bancuh susu pekat)
  • 2 gelas susu segar (terpulang nak guna jenama apa)
  • ½ biji buah naga merah
  • ½ biji buah naga putih
  • 1 biji buah oren
  • ½ biji mangga susu
  • 10 biji anggur biasa (ada tanpa biji lagi bagus)
  • 1 slide tembikai
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong buah naga merah, naga putih, oren, mangga susu, anggur biasa dan tembikai dalam bentuk dadu.

2. Selepas itu, bancuh susu pekat dengan air suam dan masukkan ke dalam mangkuk.

3. Kemudian, tambahkan susu segar dan masukkan buah-buahan yang telah dipotong dadu tadi.

4. Akhir sekali, kacau sebati. Siap untuk dihidang!

Koktel Buah ini boleh disimpan dalam peti ais. Jika nak minum, anda hanya perlu isi ais dalam gelas dan tuangkan. Makan sejuk-sejuk, lebih bertambah nikmat.

Nak jadikan hidangan pencuci mulut ini nampak lebih menarik, anda boleh masukkan jeli atau nata de coco untuk menambahkan kelazatannya.

Nampak macam pencuci mulut biasa saja, tapi ia telah menjadi pilihan ramai pada masa kini untuk disediakan sewaktu potluck, kenduri dan jamuan.

Selamat mencuba!

Sumber: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

17 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

17 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

18 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

18 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

19 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

19 hours ago