cara masak tomyam putih

Ramai tak sangka ada cara masak Tomyam Putih yang lebih ringan dan segar. Berbeza dengan tomyam merah yang pedas menyengat, tomyam putih menawarkan rasa masam yang wangi dan lebih nyaman di perut.

Tomyam Putih sangat sesuai untuk anda yang tak boleh makan pedas, kanak-kanak, orang sakit atau sesiapa yang nak hidangan berkuah ringkas dan cepat siap. Paling seronok, tak perlu tumis atau bahan pelik-pelik, cuma campak bahan, rebus dan siap.

Cara masak Tomyam Putih perkongsian Kelly Khiarafif di Facebook ini menarik perhatian ramai kerana caranya yang mudah. Walaupun ringkas, hasilnya tetap sedap, segar dan membuka selera.

Baca juga: Resepi Tomyam Thai Pekat Padu, Campur Bahan Ini Terus Dapat Kuah Kaw Macam Dekat Thailand!

CARA MASAK TOMYAM PUTIH

cara masak tomyam putih

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Cili merah (ikut suka, buang biji jika nak kurang pedas)
  • Serai (dititik)
  • Daun limau purut
  • Limau nipis
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kiub pati ayam
  • Tomato
  • Halia
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan ayam, halia, bawang putih, bawang merah dan kiub pati ayam ke dalam periuk bersama air secukupnya. Rebus hingga ayam ¾ masak.

2. Masukkan serai, cili merah dan tomato. Biarkan mendidih seketika supaya aroma tomyam naik dan kuah jadi lebih wangi.

3. Tutup api, kemudian masukkan daun limau purut, perahan limau nipis dan garam secukup rasa. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Tips supaya tomyam putih lebih sedap:

  • Gunakan limau nipis segar, bukan jus botol untuk rasa lebih wangi dan asli.
  • Jangan rebus daun limau terlalu lama, masukkan di akhir supaya aromanya kekal.
  • Boleh tambah cendawan, sotong atau udang untuk versi lebih meriah.
  • Jika suka rasa berlemak ringan, boleh tambah sedikit susu cair (pilihan).

Cara masak Tomyam Putih sangat sesuai dijadikan menu harian atau bila nak masak cepat tanpa renyah. Ringkas, sihat dan tetap menyelerakan walaupun tanpa rasa pedas.

Selamat mencuba!

Sumber: Kelly Khiarafif

Baca juga: Cara Masak Tomyam Campur Pekat Likat, Sampai Hirup Kuah Berkali-Kali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN