resepi tomyam thai pekat

Setiap kali teringin makan hidangan berkuah, semestinya resepi Tomyam Thai pekat menjadi pilihan. Mana taknya, kuahnya yang beraroma buat kita tak sabar nak hirup sampai licin.

Tomyam antara lauk wajib jika makan di restoran Thai, tapi sebenarnya nak buat sendiri di rumah juga boleh. Asalkan cukup bahan yang diperlukan, pasti hasilnya menyelerakan.

Dengan resepi Tomyam Thai pekat yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads iaitu natasyaadilla, anda boleh hasilkan lauk sedap untuk keluarga di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Tomyam Putih Versi Sempoi Tanpa Pes, Rasa Padu Macam Di Kedai!

RESEPI TOMYAM THAI PEKAT

resepi tomyam thai pekat

Bahan-bahan:

Bahan kuah:

  • Jus limau nipis
  • Sos ikan
  • Pes tomyam
  • Gula kelapa
  • Serbuk perencah tomyam thai
  • Santan kotak

resepi tomyam thai pekat

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, campurkan jus limau nipis, sos ikan, pes tomyam, gula kelapa, serbuk perencah tomyam thai dan santan kotak dalam mangkuk.
  2. Letak sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis serai, akar ketumbar, bawang merah, cili, lengkuas dan bawang putih.
  3. Masukkan ayam, kemudian masukkan bahan kuah yang telah dicampurkan tadi.
  4. Kemudian, masukkan kubis bunga, cendawan, santan atau susu cair.
  5. Selepas itu, masukkan sotong dan udang.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang holland, daun ketumbar dan tomato.

Selamat mencuba!

Sumber: natasyaadilla

Baca juga: Cara Masak Tomyam Campur Pekat Likat, Sampai Hirup Kuah Berkali-Kali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN