
Kalau nak lauk cepat tapi sedap, wajib cuba cara masak telur dadar goreng pad kra pao ayam yang lazat dan menyelerakan ini.
Telur dadar lembut digoreng secara berasingan, kemudian inti ayam pedas berperisa Thai diletakkan di atasnya. Memang hidangan yang ringkas tapi rasa ‘kick’ pedas dan wangi daun selasih Thai tetap terasa.
Menu ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, terutama bila nak hidangan cepat tapi nampak menarik dan sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa
CARA MASAK TELUR DADAR PAD KRA PAO

Bahan-bahan:
- Isi ayam
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu sos ikan
- Daun selasih
- Beberapa biji telur
Cara-cara penyediaan:
- Cincang atau lumatkan isi ayam menggunakan pemproses makanan.
- Kemudian, tumbuk empat ulas bawang putih dengan lima biji cili padi.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu kicap manis dan satu sudu sos ikan.
- Kacau bahan tersebut dan tambah daun selasih Thai ke dalamnya dan siap. Ketepiakan seketika.
- Pukul telur sedikit dalam mangkuk. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur sehingga masak keemasan.
- Letak telur dadar di atas pinggan, kemudian tuang pad kra pao ayam di atasnya.
- kemudian tuang pad kra pao ayam di atasnya.
Sumber: Wiwien Chempaka
Baca juga: Resipi Sosej Telur Masak Sos, Menu ‘Penyelamat’ Tengah Bulan Yang Murah Tapi Lazat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














