masak sup kaki lembu

Sup kaki lembu merupakan salah satu menu popular yang ada penggemarnya tersendiri. Cara masak sup kaki lembu tidak susah mana, namun cara bersihkannya agak renyah.

Walaupun proses mencuci kaki lembu agak leceh, tapi hasilnya sangat berbaloi kerana anda akan menikmati sup yang enak!

Jom lihat cara-cara membersihkan kaki lembu perkongsian daripada saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.

Baca juga: Cara Cuci Perut Lembu, ‘Confirm’ Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni

CARA MASAK SUP KAKI LEMBU

1. Kaki lembu yang belum diproses. Bahagian ini paling sedap jika dimasak sup.

2. Pertama sekali, bakar kaki lembu sehingga bulu dan ‘kasut’nya hangus. Pastikan dibakar ‘direct’ dengan seperti dalam gambar atau boleh guna kayu api.

masak sup kaki lembu

3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ini. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.

4. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.

5. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.

masak sup kaki lembu

6. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.

7. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.

8. Tutup dengan penutup periuk.

9. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.

10. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda. 

11. Mudah saja kan? Selamat mencuba!

masak sup kaki lembu

Kredit: Abdul Muhaimin Mahfuz

Baca juga: Cara Masak Paru Goreng, Ini Petua Rangup & Tak Hanyir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN