Terdapat pelbagai resipi dan cara masak sotong sambal yang boleh kita rujuk. Ada resipi yang menggunakan banyak bahan, dan ada juga yang sangat mudah untuk diikuti.
Salah satu resipi yang telah tular di laman sosial adalah perkongsian oleh Mohd Izul. Resipi ini mendapat perhatian ramai kerana beliau berkongsi satu petua untuk menjadikan sambal sotong lebih sedap.
Jom lihat rahsianya di bawah. Ibu-ibu wajib mencuba, pasti suami dan anak-anak akan memuji kerana rasanya yang sangat sedap. Semoga bermanfaat!
Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan
CARA MASAK SOTONG SAMBAL
Bahan-bahan:
- Sotong segar secukupnya – bersihkan
- 2-3 biji bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 5 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang telah dihiris hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan cili kering kisar. Masak lagi hingga sambal pecah minyak.
- Masukkan serbuk kunyit untuk menambah rasa sambal.
- Seterusnya, masukkan hirisan sotong. Gaul sebati dan teruskan memasak sehingga air sotong keluar. Tidak perlu tambah air.
- Apabila sambal sudah berkuah, masukkan asam gelugur.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sambal sotong yang paling ringkas siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: Empunya Resipi via Mohd Izul
Baca juga: Resipi Sotong Masak Sambal Penyet, Tak Liat & Lembut Bila Dikunyah