Acap kali kita melihat pulut dihidangkan sewaktu kenduri dan jamuan makan. Buat anda yang sukakannya, pasti nak tahu cara masak pulut, kan?
Hal ini kerana, kebiasaan bagi Orang Melayu menggunakan beras pulut untuk dijadikan sebagai makanan tradisi yang enak dan lazat.
Apatah lagi hidangan pulut ini boleh dipelbagaikan seperti tapai pulut, pulut kuning, pulut manis, pulut panggang, pulut mangga dan banyak lagi. Hmm…sebut saja dah tahu betapa sedapnya makanan ini!
Kalau nak tahu, pulut merupakan sejenis beras yang melekit dan kenyal setelah dimasak bersama santan dan air. Tapi, ramai juga yang masak pulut tidak menggunakan santan, yang pasti dua-dua sama sedap!
Baca juga: Rahsia Beras Pulut Yang Ramai Tak Tahu, Patut Orang Dedulu Kurus
Orang dulu-dulu memasak pulut dengan periuk di atas dapur. Sekarang zaman moden, mak-mak boleh cuba masak pulut dengan rice cooker pula.
Cara masak pulut dengan rice cooker ini dikongsikan oleh Erana Jumri dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook.
CARA MASAK PULUT DENGAN RICE COOKER
Bahan-bahan:
- Beras pulut (saya guna beras pulut susu)
- Sukatan 1 cawan beras pulut : 1 cawan air
- Garam (hujung-hujung sudu kecil)
- Gula (hujung-hujung sudu kecil)
- Minyak (saya pakai minyak kelapa)
- Daun pandan
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker seperti masak nasi biasa.
2. Hidupkan suis rice cooker dan biarkan ia masak.
3. Bila pulut dah masak, terus tutup suis dan biarkan sekejap pulut masak dengan wap panas supaya tak berkerak. Siap!
Orang lain guna minyak sebagai petua untuk tekstur pulut nampak berminyak dan cantik. Tapi jika guna minyak kelapa, ia akan jadi cantik dan wangi.
Manalah tahu mak-mak tiba-tiba teringin nak makan pulut, selepas ini bolehlah buat sendiri di rumah. Sedap makan pulut ini bersama rendang. Selamat mencuba!
Sumber: Erana Jumri
Baca juga: Rahsia Pulut Sedap Guna Air Kelapa Muda, Masak Dengan Rice Cooker Tapi Tetap Lembut!