telur

Cabaran minggu keempat menyaksikan para peserta Dapur Tempur perlu menyediakan hidangan berasaskan telur dan hidangan #PedasBerapiNona. Harap-harap dua cabaran ini dapat menambat hati Sheila Rusly dan Chef Adu Amran!

Boleh dikatakan, telur adalah makanan harian yang akan diambil oleh kebanyakan individu di seluruh dunia selain daging ayam itu sendiri. 

Bukan mudah untuk masak hidangan telur – Chef Adu

Menurut juri tetap Dapur Tempur, Chef Adu Amran mengatakan cabaran ini nampak senang tapi sebenarnya agak ‘tricky’ jika dikira dari sudut suhu api, berapa lama untuk memasak dan juga cara persembahan telur itu sendiri.

“Bila penonton fikir cabaran telur ini mudah, sebenarnya tidak. Cabaran telur ini adalah cabaran paling susah sekali dalam ke semua rancangan pertandingan memasak yang saya pernah terlibat.

“Kalau bekerja di hotel, Chef pasti akan menyuruh kita memasak telur dahulu untuk tahu ‘benchmark’ seseorang tukang masak itu,” kata Chef Adu Amran dalam Dapur Tempur minggu ini. 

Seperti biasa, antara kriteria yang dicari oleh para juri adalah kreatIviti persembahan juadah, teknik memasak dan juga rasa hidangan itu sendiri.

Minggu lepas dalam Dapur Tempur, pasangan suami isteri, Selerak Selegho, telah tersingkir dan tidak dapat mengekalkan kedudukan mereka untuk ke peringkat seterusnya.

Penyingkiran pertama ini dapat dilihat beberapa keluarga yang lain mula ‘panas’ dalam pertandingan Dapur Tempur ini.

Artikel berkaitan: Peserta Dapur Tempur Terkedu, Tiba-Tiba Kena Paksa Rela Tukar ‘Bakul Bahan Masak’ Dengan Meja Sebelah

Artikel berkaitan: Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas ‘Kotor’ Dekat Juri?

Siapakah di antara mereka yang akan menjadi juara mingguan dan akan berentap ke minggu seterusnya?

Empat pasangan Dapur Tempur yang akan berentap pada minggu keempat ini adalah;

1. AA – pasangan biras (Mariani & Ayu)

2. Seketul Rasa – kakak dan adik (Shima & Hanis)

3. Zest – abang dan adik (Haiza & Hafzy)

4. Masam Manis – suami isteri (Muiz & Arieni)

Selebriti dengan lagu popularnya Sumpah, Naim Daniel telah dijemput sebagai juri jemputan untuk minggu ini dan menilai masakan ke semua pasangan Dapur Tempur.

Jangan lupa untuk tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN