masak nasi double boil

Kadang-kadang stress tiap kali nak basuh kerak nasi dalam periuk. Kena rendam dulu baru senang nak basuh.

Tapi bila nampak kerak tu jadi nasi rasa membazir pula. Tapi apa boleh buat, tak semua suka makan kerak tu.

Jadi apa kata kita masak nasi menggunakan teknik ‘double boil’ pula. Confirm tak berkerak dan tak membazir.

Cara Masak Nasi Guna Teknik Double Boil

Jom baca perkongsian oleh Nabilah Hannan di bawah:

Kadang malas nak layan kerak nasi dalam periuk. Bila dah rendam dlm sink, nampak kerak tu jadi nasi rasa membaziar pulak.

So, jom kita masak nasi teknik double boil. Selalunya orang buat chocolate topping je yang guna teknik ni. Sekarang kita apply kat nasi pulak.

STEP LAST TU PALING UTAMA, kalau ambil master dalam bidang masakan nasi putih tapi tak reti yang tu, tetap disqualified.

Cara-caranya:

1. Basuh beras macam biasa. Dan sukat air macam biasa. Saya pakai mangkuk yang jenis stainless steel tu.

2. Kemudian, periuk nasi tu letak air jugak. Biar terendam separuh dari mangkuk tadi.

3. Rice cooker + periuk nasi taruk air + mangkuk stainless steel (beras dibasuh +air).

masak nasi double boil

4. Langkah paling penting. Pastikan lampu dekat COOK menyala.

5. Kejadian nasi yang telah masak.

Button cook tadi takkan naik warm selagi air yang kita taruk dalam periuk nasi ada lagi. Nak tunggu kering lama lagi la kot nak makan nasinya. Jadi, dalam 20-30 minit lepas on switch tu, boleh check kalau-kalau nasi dah siap masak.

masak nasi double boil

Kredit: Nabilah Hannan

Baca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN