Categories: Resipi

Cara Masak Ikan Siakap Masam Pedas, Memang Terangkat Selera & Kuah ‘Melekat’ Di Tekak!

Kalau anda sedang cari cara masak ikan siakap yang senang, cepat dan betul-betul menyengat, resipi ini memang wajib cuba di rumah untuk keluarga tersayang.

Siakap Masam Pedas dikongsikan oleh Aisha Shukor dan merupakan hasil air tangan sendiri sehingga dapat rasa yang benar-benar padu di tekak dan jiwa.

Resipi ini tak guna bahan pelik, tak perlu tumis lama, tapi kuahnya cukup masam, pedas dan wangi, sesuai dimakan dengan nasi panas. Sekali buat, boleh jadi menu kegemaran rumah.

Baca juga: Siakap Rebus Asam Masam Pedas, Segar Sampai Berpeluh! Resipi 3 Langkah Super Mudah

CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAM PEDAS

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk air
  • 1 ekor ikan siakap (boleh potong atau masuk seekor)
  • 6 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 5 biji cili api merah (ikut tahap pedas)
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar sos ikan Thai (Nampla) (wajib)
  • 3 sudu besar jus limau Thai (wajib)
  • 1–2 biji limau nipis (ambil jus)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 kiub pati ayam
  • Akar daun ketumbar (wajib)
  • Daun ketumbar (hiris kasar, tabur banyak)

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan 2 mangkuk air di dalam kuali atau periuk.

2. Tumbuk kasar bawang putih, bawang Holland dan cili api merah.

3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam air mendidih.

4. Masukkan garam, sos ikan Thai dan jus limau Thai.

5. Perahkan jus limau nipis, masukkan gula dan kiub pati ayam.

6. Masukkan akar daun ketumbar untuk aroma lebih sedap.

7. Bila kuah mendidih kuat, perlahan api dan masukkan ikan siakap.

8. Taburkan daun ketumbar hiris dengan banyak.

9. Tutup kuali dan biarkan ikan masak selama ±10 minit sehingga kuah mendidih elok. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Tip Penting Supaya Lagi Sedap

  • Ikan paling sesuai: siakap atau bawal emas
  • Jangan guna ikan pari atau ikan pekasam
  • Akar daun ketumbar dan sos ikan Thai jangan skip
  • Lagi sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar

Kalau anda masih tercari-cari cara masak ikan siakap yang sedap, cepat dan pasti jadi, resipi masam pedas memang berbaloi untuk dicuba. Sekali rasa, memang boleh buat ketagih.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!

Aimi

Recent Posts

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

17 mins ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

23 mins ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

1 hour ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

1 hour ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

2 hours ago

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

3 hours ago