Categories: Resipi

Nasi Goreng Telur Simple Yang Cepat & Sedap, Pasti Buat Keluarga Tersenyum Puas

Nak masak Nasi Goreng Telur simple yang cepat, mudah dan pasti sedap? Resipi ni sesuai untuk semua, terutama bila ada lebihan nasi semalam.

Hanya beberapa bahan asas, tapi rasanya boleh buat keluarga tersenyum puas. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang cepat tapi sedap.

Dengan langkah-langkah mudah, anda boleh sediakan nasi goreng yang simple tapi sedap seperti di kedai makan tanpa susah payah.

Baca juga: Nasi Goreng Terlebih Masin? Ini Cara Kurangkan Masin Tanpa Perlu Masak Semula

NASI GORENG TELUR SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih (lebih sedap jika gunakan nasi semalam)
  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili kering (rendam air panas)
  • Segenggam ikan bilis
  • 1-2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili kering dan ikan bilis hingga hancur.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

3. Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.

4. Gemburkan nasi supaya tak bergentel. Gaul rata dengan bahan tumis tadi.

5. Goreng telur hancur dan letakkan tepi. Selepas itu, gaulkan telur bersama nasi.

Tips Tambahan Untuk Nasi Goreng Telur Lebih Sedap

  • Nasi semalam lebih mudah digaul dan rasa lebih sedap.
  • Boleh goreng telur hancur, separuh masak atau telur mata ikut selera.
  • Tambah lebih cili kering atau cili padi jika suka pedas.
  • Goreng dahulu ikan bilis sebelum tumbuk untuk tekstur lebih rangup.

Resipi Nasi Goreng Telur simple bukan sahaja cepat dan mudah, tapi juga sesuai untuk semua peringkat umur. Cuba resipi ini hari ini dan rasai sendiri kenikmatannya yang pasti buat semua tersenyum!

Selamat mencuba!

Sumber: Ieyna Haslina

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai Thai, Rasa Masam Pedas Padu!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

4 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

5 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

6 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago