Cara masak gulai daging ini sedikit berbeza kerana ada menggunakan umbut kelapa. Menu ini boleh dikatakan agak rare kerana jarang dibuat orang.
Umbut kelapa ini mempunyai sedikit rasa manis dan akan memberikan rasa yang lebih berlemak terhadap gulai daging.
Masakan ini juga lebih sedap jika digandingkan dengan ikan masin goreng, sambal belacan dan ulam. Lazatnya tak terkata!
Oleh itu, jika ada yang mahu mencuba boleh lihat resipi perkongsian oleh Puan Nisa Hafisa Hasbullah di bawah.
Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!
CARA MASAK GULAI DAGING UMBUT KELAPA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Umbut kelapa
- Daging yang sudah siap direbus
- Semangkuk serbuk kari
- Santan
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Setengah inci halia
- 3 biji cili kering yang besar
Cara memasak:
1. Potong umbut kelapa. Bila dah siap potong, masukkan ke dalam bekas berisi air agar warnya menjadi kemerahan. Jika tak letak dalam air, umbut akan cepat masuk angin dan warnanya tak cantik.
2. Kisar semua bahan-bahan kisar di atas. Kemudian tumis sehingga garing.
3. Apabila bahan kisar tadi sudah garing, masukkan pula serbuk kari yang dicampur bersama air. Tip ini untuk elakkan serbuk kari cepat hangit. Tumis sampai naik minyak.
4. Kemudian masukkan daging yang sudah siap direbus. Asalnya daging in tulang bahagian gearbox. Oleh kerana sebab nak makan ramai, kita buang bahagian tulang awal. Baru semua dapat merasa.
5. Selepas itu, tuangkan santan dan umbut kelapa. Umbut ini mengambil masa lama juga untuk ianya masak.
6. Jangan lupa masukkan garam, gula dan penambah perisa. Tunggu sehingga betul-betul ia menggelegak dan pecah minyak.
7. Jika sudah menggelegak dan pecah minyak, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Nisa Hafisa Hasbullah
Baca juga: Cara Masak Kurma Daging Lagi Padu Dari Biasa, Rahsianya Kena Tuang Sedikit ‘Bahan’ Ini