
Resepi bubur cha cha ini kaya dengan rasa lemak manis santan, serta dipenuhi pelbagai isi seperti keledek, keladi, jagung dan sagu.
Gabungan tekstur yang berbeza dan warna-warni bahan di dalamnya menjadikan pencuci mulut ini sangat digemari ramai.
Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, ikut langkah mudah di bawah. Bubur ini bukan saja sedap, malah kuahnya akan menjadi lebih pekat apabila sejuk!
Baca juga: Resipi Bubur Candil Pelangi Dengan Kuah Santan Lemak Manis, Kenyal Bila Gigit!
RESEPI BUBUR CHA CHA

Bahan-bahan:
- ⅓ cawan sagu
- 1 cawan tepung cha cha
- ½ cawan keledek
- ½ cawan keladi
- 1 ketul (50 g) gula melaka (saiz kecil)
- ⅓ cawan (80 g) gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 5 cawan (1.25 L) santan sederhana pekat
- ½ cawan isi jagung
- ½ sdt garam halus
Cara penyediaan:
- Didihkan air dalam periuk dan rebus sagu selama 10 minit. Angkat, tapis dan bilas di bawah air paip untuk hilangkan kanji.
- Dalam air mendidih yang baru, rebus tepung cha cha selama 5 minit atau sehingga separuh masak. Tapis dan bilas dengan air paip.
- Rebus keledek dan keladi dalam air mendidih selama 5-7 minit hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
- Dalam periuk lain, masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan santan. Masak dengan api sederhana hingga gula larut dan santan mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
- Masukkan sagu, tepung cha cha, keledek, keladi, isi jagung dan garam ke dalam kuah santan. Masak seketika sehingga semua bahan empuk dan kuah meresap.
Tip tambahan:
- Bubur cha cha ini lebih sedap jika dimakan setelah sejuk sedikit, kerana kuahnya akan menjadi lebih pekat.
- Jika suka, boleh juga tambah hirisan pisang atau labu sebagai variasi.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Bubur Candil Guna Tepung Pulut, Sesuai Untuk Minum Petang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














