Pasti ramai yang suka memasak menggunakan sotong kering bukan? Namun begitu, tak ramai yang tahu cara lembutkan sotong kering dengan cepat kerana ada yang merendamnya selama 1 malam.
Salah satu menu yang sering dimasak menggunakan sotong kering adalah sambal tumis, goreng kunyit, masak lemak dan pelbagai masakan lain.
Oleh itu, mari kami kongsikan beberapa tips tersebut untuk anda praktikkan. Memang sangat menjimatkan masa dan tenaga setiap kali mahu memasaknya.
Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut
CARA LEMBUTKAN SOTONG KERING DENGAN CEPAT
Petua 1
Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama 1 hingga 2 jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Petua 2
Jemur kulit durian sehingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Seterusnya bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Petua 3
Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut. Apabila sudah lembut, boleh tos dan bersihkan sotong. Kemudian boleh terus boleh digunakan untuk memasak juadah yang disukai.
Sumber: Resepi Pembuka Selera
Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur