roti baguette

Roti baguette memang terkenal sebagai roti Perancis dengan tekstur luar rangup dan dalamnya lembut. Cuma satu masalah besar, roti ini cepat sangat jadi keras bila disimpan lama.

Jangan risau, ada cara mudah untuk lembutkan balik roti yang keras supaya boleh dimakan semula macam baru keluar dari oven.

Baca juga: Cara Kisar Cili Guna Blender, Hasil Kasar Macam Tumbuk Guna Lesung Batu!

CARA LEMBUTKAN ROTI BAGUETTE

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Basahkan roti dengan sedikit air.
  2. Balut roti baguette dengan aluminium foil.
  3. Masukkan ke dalam oven semasa oven masih sejuk.
  4. Hidupkan oven pada suhu 150°C dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  5. Buka foil, bakar sekejap lagi 2-3 minit untuk dapatkan kerak rangup.
  6. Siap! Roti akan kembali lembut dan gebu semula.

Tip simpan supaya tahan lebih lama:

  • Elakkan simpan dalam peti sejuk kerana ia mempercepatkan roti jadi keras.
  • Jika nak simpan lebih lama, balut dengan plastik atau bungkus rapat, kemudian masukkan ke dalam freezer. Bila nak makan, panaskan semula dengan cara di atas.
  • Jika sudah terlalu keras, jangan dibuang. Tukar jadi crouton untuk sup, bruschetta atau jadikan serbuk roti.

Roti baguette memang cepat keras sebab ia biasanya tidak mengandungi bahan pengawet. Tapi jangan risau, dengan teknik mudah guna oven ini, roti yang keras boleh jadi lembut balik.

Sumber: Facebook

Baca juga: Tip Tanam Kesum Dalam Balang, Tak Sangka Tetap Boleh Hidup Subur & Merimbun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN