cara kisar cili

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah cara kisar cili yang betul supaya hasilnya kasar macam sambal tumbuk?

Selalunya kalau guna blender, cili akan jadi terlalu halus dan kurang sedap bila dimasak. Tapi, tak semua rajin tumbuk cili dengan lesung batu sebab agak renyah.

Dengan teknik mudah yang kami kongsikan ini, sambal akan bertekstur kasar dan tidak terlalu halus dengan hanya menggunakan blender!

Baca juga: Cara Masak Nasi Putih Supaya Lembut Dan Berderai, Beras Murah Pun Jadi Sedap!

CARA KISAR CILI GUNA BLENDER TAPI HASIL MACAM TUMBUK

cara kisar cili

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Basuh bersih cili besar merah dan bawang merah. Kuantiti bergantung pada jumlah sambal yang mahu digunakan untuk memasak.
  2. Potong cili dan bawang kepada saiz kecil supaya mudah dikisar nanti.
  3. Masukkan cili dan bawang ke dalam blender. Tambahkan air sehingga hampir tenggelam.
  4. Kisar selama 3 kali sahaja. Pertama, kisar beberapa saat dan henti. Kedua, sambung kisar beberapa saat dan henti. Ketiga, sambung kisar lagi beberapa saat dan henti. (Teknik ini akan hasilkan tekstur sambal yang kasar, bukan lumat.)
  5. Selepas siap dikisar, tapis sambal dan buang airnya.
  6. Sambal bertekstur kasar kini siap digunakan untuk memasak, contohnya sambal berlado.

Tip tambahan: Kalau nak rasa lebih naik bau, boleh kisar sekali sedikit belacan bakar atau bawang putih.

Sumber: Fatin Ridwan

Baca juga: Petua Bersihkan Kuali Lama ‘Legend’, Dari Hitam Legam Jadi Berkilat Macam Baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN