
Bila sedang bercuti atau berjalan jauh, badan memang cepat penat. Sebab itu minuman panas memang jadi peneman terbaik untuk bantu badan relaks dan hilangkan penat semasa perjalanan.
Sambil nikmati pemandangan, hirupan minuman panas boleh buat mood rasa tenang dan badan kekal hangat. Bawa sendiri dalam termos atau cuba minuman panas di kafe tempatan.
Dalam artikel ini, MyResipi akan kongsikan beberapa idea minuman panas mudah yang boleh diminum ketika travel. Ringkas, sedap dan dijamin buat badan anda rasa ‘healing’ sepanjang mengembara!
Baca juga: 10 Street Food Halal Paling Sedap & Murah Di Asia Yang Wajib Cuba Bila Travel!
6 IDEA MINUMAN PANAS SEMASA TRAVEL, BADAN RELAKS & MOOD LEBIH TENANG
1. Teh Herba (Herbal Tea)

Teh chamomile, peppermint atau lavender sangat sesuai untuk membantu menenangkan minda dan badan. Kalau rasa pening, teh pudina pun bagus untuk menyegarkan semula badan. Bawa uncang teh herba sendiri kerana lebih jimat dan senang dibancuh bila singgah berehat.
2. Teh Halia

Teh halia panas memang ‘healing’! Ia bantu hangatkan badan, kurangkan rasa loya dan baik untuk penghadaman. Sesuai sangat kalau travel ke tempat sejuk atau anda mudah masuk angin.
3. Kopi Panas

Tak lengkap kalau tak ada kopi! Kopi panas boleh beri tenaga tambahan dan kurangkan rasa mengantuk terutama bila memandu jauh. Pilih kopi hitam atau latte, ikut cita rasa masing-masing.
4. Susu Kunyit (Golden Milk)

Kalau anda perlukan sesuatu yang menenangkan badan, cubalah susu kunyit panas. Campuran kunyit, susu segar dan madu bukan saja sedap malah bantu kurangkan keradangan dan rasa letih otot selepas berjalan jauh.
5. Coklat Panas (Hot Chocolate)

Minuman wajib bila travel ke tempat sejuk! Coklat panas bukan saja memanaskan badan tetapi menaikkan mood dan beri rasa nyaman. Nak lebih ‘kick’, tambah sedikit serbuk kayu manis atau marshmallow.
6. Air Lemon Madu Panas

Gabungan lemon, madu dan air panas memang sedap, ringan dan bantu melegakan tekak. Sesuai kalau travel banyak bercakap atau cuaca sejuk.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: 10 Fast Food Halal Di Luar Negara Yang Ramai Tak Tahu, Makan Tanpa Was-Was!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














