resepi kek span vanilla

Siapa sangka, resepi Kek Span Vanilla yang lembut dan gebu ini boleh dibuat dengan sukatan cawan saja. Bukan cawan pengukur khas pun, tapi cawan biasa minum air teh atau kopi.

Resepi Kek Span Vanilla yang dikongsikan oleh Hadirah Shafee di Facebook telah menarik perhatian ramai dengan hasilnya yang ringan, lembut dan tak muak langsung. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Span Mudah 5 Langkah, Lembut Dan Gebunya Cukup Menjadi

RESEPI KEK SPAN VANILLA SUKATAN CAWAN

resepi kek span vanilla

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur gred B
  • ½ cawan gula pasir (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • ½ sudu besar ovalette
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • ½ cawan minyak jagung atau minyak masak biasa
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ¼ cawan susu cair

Cara-cara membuat:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanilla. Pukul semua bahan ini menggunakan mixer sampai kembang, pekat dan berwarna putih. Proses ini penting untuk hasilkan kek yang betul-betul gebu dan naik cantik.

2. Apabila sudah kembang, masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan supaya semuanya sebati.

3. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Pukul sekejap saja, cukup sekadar adunan sebati. Jangan overmix.

4. Tuang susu cair ke dalam adunan. Kali ini tak perlu guna mixer, cukup sekadar kaup balik perlahan-lahan guna spatula sampai adunan betul-betul sebati dan licin.

5. Sediakan loyang bersesuaian, lapik dasar loyang dengan baking paper. Tuangkan adunan kek dan ratakan perlahan.

6. Panaskan oven pada suhu 170°C dan bakar selama 30 hingga 35 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis oven, jadi perhatikan permukaan kek.

7. Apabila sudah keperangan dan kek menganjal semula apabila ditekan perlahan, itu tanda kek sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Hadirah Shafee

Baca juga: Cara Buat Kek Span Simple, Guna 3 Bahan Mudah Tapi Hasil Gebu Gebas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN