cara hilangkan rasa pedas

Ramai orang suka makan pedas dan sering menikmatinya berulang kali, walaupun kadangkala menyebabkan lidah terasa kebas. Namun, tahukah anda cara untuk hilangkan rasa pedas tanpa perlu minum air kosong?

Sebenarnya, minum air kosong boleh menyebabkan rasa pedas itu semakin kuat dan hanya memberikan kelegaan untuk seketika sahaja. Jadi, jika anda ingin tahu cara mengurangkan rasa pedas, jom ikuti petua-petua di bawah ini.

Baca juga: 10 Bahan Pengganti Garam Agar Masakan Lebih Sihat, Tetap Sedap & Cukup Rasa!

CARA HILANGKAN RASA PEDAS DENGAN PANTAS

1. Gula

Jika terasa pedas, jangan minum air. Capsaicinoid dalam cili adalah berbahan minyak dan tidak dapat dihilangkan dengan air. Sebaliknya, cuba satu sudu teh gula atau madu untuk mengurangkan rasa pedas. Gula dapat memberikan rasa manis yang mengimbangi kepedasan.

2. Nasi Putih Atau Roti

Nasi atau roti putih boleh menyerap rasa terbakar yang disebabkan oleh capsaicinoid, membantu meredakan kepedasan di mulut. Selain itu, pisang juga boleh membantu mengurangkan rasa pedas yang anda alami.

3. Minyak Sayur

Cuba letakkan sedikit minyak sayur atau minyak zaitun pada lidah. Minyak membantu melarutkan capsaicin, memberi kesan yang lebih cepat dalam mengurangkan rasa pedas.

4. Minuman Masam

Minuman seperti jus lemon dan jus tomato juga berkesan untuk mengatasi kepedasan. Asid dalam minuman ini dapat membantu menetralkan rasa pedas, memberikan kelegaan segera.

5. Minum Susu

Protein dalam susu dapat menghilangkan rasa pedas dari cili. Susu mengandungi kasein yang berfungsi sebagai peneutral, membantu mengurangkan sensasi pedas di lidah.

Sumber: Vanilla Kismis

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN