petua halau lalat

Tiada yang lebih menjengkelkan daripada kehadiran tetamu tak diundang seperti lalat dan lipas di dapur atau bilik air. Oleh itu, anda perlu gunakan petua halau lalat dan lipas ini.

Baru nak siapkan makanan, tiba-tiba lalat datang menari-nari. Pada tengah malam pula, lipas muncul entah dari celah mana. Siapa tak stres jika setiap hari hadapi keadaan ini bukan?

Jika anda sudah bosan sembur racun yang kuat baunya dan tak tahan lama, apa kata cuba petua halau lalat dan lipas yang mudah dan semula jadi ini.

Baca juga: 6 Kegunaan Bawang Putih Untuk Halau Haiwan Perosak Di Rumah, Gerenti Tak Berani Dekat!

PETUA HALAU LALAT DAN LIPAS

petua halau lalat

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil
  • ½ biji bawang merah (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu besar cuka putih
  • Sedikit air (jika campuran terlalu pekat)

Cara-cara menyediakannya:

1. Ambil satu mangkuk kecil.

2. Masukkan bawang merah cincang, bawang putih tumbuk, baking soda dan cuka putih.

3. Kacau campuran itu perlahan-lahan. Cuka putih akan bertindak balas dengan baking soda dan mengeluarkan sedikit buih, ini normal.

4. Jika campuran terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk mudahkan penyebaran bau.

Anda boleh letakkan campuran ini di kawasan yang sering lalat dan lipas lalu seperti:

  • Di bawah sinki dapur
  • Belakang peti sejuk
  • Berdekatan tong sampah
  • Sudut dapur atau bilik air yang lembap
  • Bahagian celah kabinet atau rak makanan

Petua halau lalat dan lipas ini bukan saja murah dan selamat, malah sangat cepat berkesan. Dalam masa sejam pun, anda boleh lihat lalat dan lipas terperangkap dengan jayanya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kata Viral

Baca juga: Cara Halau Lalat Paling Berkesan, Tak Sampai 5 Minit Semua ‘Hilang’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN