resepi masak lemak telur

Pernah terfikir nak buat lauk yang simple tapi rasanya boleh buat satu rumah senyap sebab seronok makan? Jawapannya, mestilah resepi Masak Lemak Telur Dadar.

Telur dadar yang digoreng garing di luar tapi lembut di dalam, disimbah pula dengan kuah santan pekat bersama hirisan cili api dan daun kunyit, memang padu betul rasanya.

Paling menarik, menu ini sesuai untuk hari malas masak tapi nak makan sedap. Ikut saja resepi Masak Lemak Telur Dadar oleh Dapur Biru di YouTube ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Telur Dadar Tebal & Sedap, Sekali Goreng Terus Kembung Molek!

RESEPI MASAK LEMAK TELUR DADAR

resepi masak lemak telur

Kredit gambar muka depan: Facebook Ana Hana

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 1 asam keping
  • Daun kunyit
  • Santan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil garam

resepi masak lemak telur

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, masukkan sedikit garam dalam telur dan kacau.
  2. Panaskan minyak dan goreng telur, buat telur dadar, angkat dan letak atas tisu dapur.
  3. Selepas itu, tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi).
  4. Masukkan serai, santan, air secukupnya dan kacau sampai sebati.
  5. Masukkan asam keping, sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian kacau sebati lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan telur dadar dan daun kunyit.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Ana Hana

Sumber: Dapur Biru

Baca juga: Resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi, Masuk 2 Jenis Santan Baru Pedasnya Ngam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN