Categories: Resipi

Cara Goreng Ikan Tongkol Supaya Tak Keras, Hasilnya Luar Garing & Dalam Juicy!

Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan tongkol yang digoreng selalu terasa keras dan kering, mungkin ada cara penyediaan yang perlu diubah.

Menurut perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook, dulu ketika kecil dia dan adik-beradik kurang gemar makan ikan tongkol yang dimasak oleh arwah ibunya. Selepas digoreng, tekstur ikan menjadi keras sehingga mereka menggelarnya sebagai ikan kayu atau ikan stongkol.

Namun selepas berkahwin dengan orang Terengganu, barulah dia belajar cara yang betul untuk menggoreng ikan tongkol daripada ibu mentuanya. Rupanya, ikan tongkol boleh jadi garing di luar tetapi masih lembut dan juicy di bahagian dalam.

Biasanya ikan tongkol dimasak singgang, tetapi ibu mentuanya akan asingkan beberapa ketul untuk digoreng. Selepas mencuba cara tersebut, dia pun mula suka makan ikan tongkol. Lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama cili, kicap dan bawang.

Baca juga: Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!

CARA BUAT IKAN TONGKOL GORENG JUICY DI DALAM & GARING DI LUAR

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol/ikan aya
  • Garam secukupnya
  • Kunyit secukupnya
  • Cili boh secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan tongkol atau ikan aya dan tos hingga airnya berkurangan.
  2. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit, sedikit cili boh dan serbuk perasa hingga rata.
  3. Perapkan ikan selama kira-kira 10 hingga 15 minit supaya bahan perapan lebih meresap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan menggunakan api sederhana.
  5. Goreng hingga bahagian luar ikan kelihatan garing dan masak. Balikkan ikan supaya kedua-dua bahagian masak sekata.
  6. Angkat dan toskan minyak.
  7. Hidangkan ikan tongkol goreng bersama cili, kicap dan bawang mengikut selera.

Hasilnya, ikan tongkol lebih garing di bahagian luar tetapi masih lembut dan juicy di dalam. Makan dengan nasi panas dan pencicah pun memang kena!

Tip: Jangan gunakan api terlalu besar ketika menggoreng kerana bahagian luar ikan boleh cepat garing sedangkan bahagian dalam belum cukup panas. Gunakan api sederhana supaya ikan masak dengan lebih sekata.

Sumber: Aftaa Sofeya

Baca juga: Resipi Bancuhan Celup Tepung Berserdak ‘Meriah’, Sesuai Untuk Sotong, Udang & Ikan!

Wan N

Recent Posts

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

7 mins ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

17 mins ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

57 mins ago

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

2 hours ago

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

19 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

20 hours ago