Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan tongkol yang digoreng selalu terasa keras dan kering, mungkin ada cara penyediaan yang perlu diubah.
Menurut perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook, dulu ketika kecil dia dan adik-beradik kurang gemar makan ikan tongkol yang dimasak oleh arwah ibunya. Selepas digoreng, tekstur ikan menjadi keras sehingga mereka menggelarnya sebagai ikan kayu atau ikan stongkol.
Namun selepas berkahwin dengan orang Terengganu, barulah dia belajar cara yang betul untuk menggoreng ikan tongkol daripada ibu mentuanya. Rupanya, ikan tongkol boleh jadi garing di luar tetapi masih lembut dan juicy di bahagian dalam.
Biasanya ikan tongkol dimasak singgang, tetapi ibu mentuanya akan asingkan beberapa ketul untuk digoreng. Selepas mencuba cara tersebut, dia pun mula suka makan ikan tongkol. Lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama cili, kicap dan bawang.
Baca juga: Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!
CARA BUAT IKAN TONGKOL GORENG JUICY DI DALAM & GARING DI LUAR

Bahan-bahan:
- Ikan tongkol/ikan aya
- Garam secukupnya
- Kunyit secukupnya
- Cili boh secukupnya
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ikan tongkol atau ikan aya dan tos hingga airnya berkurangan.
- Lumurkan ikan dengan garam, kunyit, sedikit cili boh dan serbuk perasa hingga rata.
- Perapkan ikan selama kira-kira 10 hingga 15 minit supaya bahan perapan lebih meresap.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan menggunakan api sederhana.
- Goreng hingga bahagian luar ikan kelihatan garing dan masak. Balikkan ikan supaya kedua-dua bahagian masak sekata.
- Angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan ikan tongkol goreng bersama cili, kicap dan bawang mengikut selera.
Hasilnya, ikan tongkol lebih garing di bahagian luar tetapi masih lembut dan juicy di dalam. Makan dengan nasi panas dan pencicah pun memang kena!
Tip: Jangan gunakan api terlalu besar ketika menggoreng kerana bahagian luar ikan boleh cepat garing sedangkan bahagian dalam belum cukup panas. Gunakan api sederhana supaya ikan masak dengan lebih sekata.
Sumber: Aftaa Sofeya
Baca juga: Resipi Bancuhan Celup Tepung Berserdak ‘Meriah’, Sesuai Untuk Sotong, Udang & Ikan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

