Categories: Resipi

Cuaca Tak Menentu? Cuba Ikan Siakap Masak Sup, Rasa Ringan & Sedap Memang Hirup Sampai Licin!

Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap mempunyai rasa yang cukup berperisa. Gabungan ikan segar, sayur-sayuran, dan rempah menjadikan hidangan ini lengkap tanpa terasa terlalu berat.

Untuk melengkapkan hidangan, sajikan bersama nasi putih yang baru dimasak, telur dadar, dan cili potong. Kombinasi ini ringkas tetapi cukup untuk menjadikan waktu makan lebih menyelerakan, terutama ketika suasana cuaca yang tidak menentu ini.

Jika anda mencari hidangan berkuah yang tidak terlalu rumit untuk disediakan, resipi ini boleh dicuba. Kuahnya boleh disesuaikan mengikut selera, manakala sayur-sayuran juga boleh ditambah atau ditukar mengikut bahan yang ada di rumah.

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Goreng Dengan Kuah Asam, Halia & Bawang Buat Kuah Lagi Wangi!

IKAN SIAKAP MASAK SUP

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap, dipotong 3
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, dihiris
  • 1/2 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 biji bawang Holland, dihiris
  • 1 paket sup bunjut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air
  • 1/2 batang lobak merah, dihiris
  • 1/2 kuntum brokoli, dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang Holland, dan sup bunjut hingga wangi.
  2. Masukkan air dan sos tiram. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
  3. Masukkan lobak merah dan brokoli, kemudian perasakan dengan lada hitam, lada putih, dan sedikit garam.
  4. Masukkan ikan siakap yang telah dipotong. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  5. Tutup periuk dan biarkan sup mendidih sehingga ikan masak dan sayur empuk.
  6. Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Threads @ryannarrrrr

Baca juga: Resipi Siakap Stim Limau Kuah Lemak, Lauk Ini Tak Boleh Makan Sikit… Confirm Bertambah Nasi!

Izzati

Recent Posts

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

1 hour ago

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

18 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

19 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

20 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

21 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

21 hours ago