Categories: Resipi

Cara Buat Kek Coklat Cream Cheese, Bila Potong Terus Nampak Lapisan Cantik!

Kek coklat lapis cream cheese ini sesuai untuk yang suka gabungan kek coklat dengan lapisan cream cheese yang lembut dan berkrim. Teksturnya dikatakan lembut, dengan rasa coklat dan cream cheese yang saling melengkapi.

Resipi ini juga tidak terlalu rumit untuk dibuat di rumah. Adunan kek coklat disediakan seperti biasa, kemudian dilapiskan bersama adunan cream cheese sebelum dibakar sehingga masak.

Kalau teringin buat kek sendiri untuk minum petang atau hidangan keluarga, boleh cuba resipi kek coklat lapis cream cheese ini. Ikut setiap langkah penyediaan dengan teliti supaya lapisannya menjadi elok.

Baca juga: Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

RESIPI KEK COKLAT LAPIS CREAM CHEESE

Bahan kek coklat:

  • 250g mentega suhu bilik
  • 200g tepung naik sendiri
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 5 sudu besar susu segar
  • 160g gula kastor
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan cream cheese:

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • 60g gula kastor
  • 1 biji telur gred B
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan cream cheese ke dalam mangkuk. Putar sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Suhu boleh disesuaikan mengikut jenis ketuhar masing-masing.
  3. Lapik loyang bersaiz 8 inci dengan kertas pembakar.
  4. Untuk adunan kek, putar mentega bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  5. Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar sehingga sebati.
  6. Masukkan esen vanila dan susu segar, kemudian putar seketika.
  7. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko sedikit demi sedikit sehingga habis sambil terus memutar adunan.
  8. Tuangkan separuh adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Tuangkan adunan cream cheese di atas lapisan kek dan ratakan.
  10. Tuangkan baki adunan kek coklat di atas lapisan cream cheese. Ratakan permukaannya.
  11. Bakar dalam ketuhar sehingga kek masak. Biarkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Faiz Faizal

Baca juga: Resepi Kek Marble Lembut & Gebu, Bila Potong Coraknya Cantik Sangat!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

16 mins ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

22 mins ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

1 hour ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

1 hour ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

2 hours ago

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

3 hours ago