air rebusan

Pernahkah anda mengalami masalah air rebusan melimpah ketika merebus sesuatu makanan? Tidak kiralah sama ada merebus daging, sayur, telur, spageti atau sebagainya.

Air rebusan yang melimpah ini akan menyebabkan kawasan dapur menjadi comot dan kotor. Letih juga hendak mengelap nanti! Oleh itu, terdapat banyak tip untuk mengelakkan air rebusan dari melimpah keluar.

Mari ikuti perkongsian artikel ini sehingga selesai. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Risau Jika Kuah Santan Pecah Minyak, Baiki Semula Dengan Letak ‘Daun’ Ini

CARA ELAK AIR REBUSAN MELIMPAH

1. Sukat air dengan tepat

air rebusan

Untuk pastikan air tidak melimpah, jangan terlalu banyak air. Sebaliknya, tuangkan air secukupnya supaya tak terlalu penuh ketika merebus.

2. Jangan guna suhu tinggi

Kurangkan risiko air merebus melimpah dengan mengecilkan api dan tidak mengguna api yang besar.

Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan jika memasak makanan berasaskan santan dan susu supaya bahan ini tidak pecah minyak dan kekal berlemak.

3. Letak senduk kayu di atas periuk

air rebusan

Kredit: Youtube Tom Leeman

Selain itu, anda juga boleh meletakkan senduk kayu di atas permukaan periuk untuk mengelakkan daripada air rebusan melimpah keluar. Cara ini adalah salah satu tip orang zaman dahulu dan mungkin ramai yang sudah biasa dengarnya.

4. Sentiasa kacau

Anda juga perlu sentiasa kacau masakan itu agar air tidak melimpah keluar. Teknik ini juga boleh dilakukan sesama memasak makanan yang bersantan dan susu supaya bahan-bahan itu tidak pecah minyak.

5. Jangan tutup periuk elak air rebusan melimpah

Biarkan periuk terbuka semasa merebus. Periuk yang ditutup akan memerangkap wap panas, menyebabkan risiko air melimpah. Dengan membiarkannya terbuka, wap boleh keluar dan mengurangkan kemungkinan penglimpahan air.

Sumber: Harian Post

Baca juga: Panduan Kira Bahan Memasak Untuk Jamuan, Baru Tak Terlebih & Tak Terkurang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN