bancuhan ikan celup tepung

Nak tahu rahsia bancuhan ikan celup tepung yang berserdak rangup, halus dan menjadi elok? Jangan lupa baca perkongsian resipi ini sehingga habis.

Jenis celup tepung sebegini memang terkenal di Kelantan. Kebiasaannya dimakan dengan nasi kerabu, kalau nak ratah dengan sos pencicah pun boleh.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri, jom lihat resipi perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.

Resipi Bancuhan Ikan Celup Tepung ‘Krup Krap’,

Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang.

1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:

  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja
  • 1/2 cawan kecil air sejuk

2. Kacau rata semua bahan tadi.

Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:

  • Guna minyak yang banyak
  • Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)
  • Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya

4. Guna penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.

5. Hasilnya memang sangat menarik.

Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.

6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.

Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.

7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan pengepit.

Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng. Selamat mencuba!

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur