Categories: Tips & Petua

Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

cara cuci kualicara cuci kuali

Jika sering menggunakan kuali non-stick, anda perlu tahu cara menjaganya dengan baik. Oleh itu, kami nak kongsikan cara cuci kuali non-stick untuk anda praktikkan di rumah.

Seiring zaman moden, kuali non-stick semakin popular digunakan sekarang kerana ia sangat membantu kerja memasak di dapur seperti menggoreng telur, membuat pancake dan sebagainya.

Buat pengetahuan anda, maksud non-stick pada kuali tersebut adalah merujuk kepada lapisan permukaan kuali yang dirancang untuk mencegah makanan melekat ke permukaannya.

Ramai yang tahu guna saja tapi tak pandai menjaganya dengan baik. Sebenarnya, anda hanya perlu tahu cara cuci kuali non-stick dengan betul supaya tahan lama.

Baru-baru ini, kami terjumpa satu cara cuci kuali non-stick yang sempurna dan anda pasti akan puas hati dengan hasilnya nanti. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Hilangkan Karat Pada Gunting Dapur Sepantas 5 Minit, Bersih Macam Baru!

CARA CUCI KUALI NON-STICK DENGAN BETUL

1. Jika ada kesan makanan yang melekat, anda perlu rendam kuali non-stick itu terlebih dahulu.

2. Selepas itu, gunakan sabun cuci pinggan yang berkualiti dan puas hati pada kuali non-stick.

cara cuci kualicara cuci kuali

3. Kemudian, pastikan gosok kuali non-stick dengan menggunakan span jenis yang lembut dan jangan sental guna span yang jenis menghakis bagi mengelakkan ia tercalar.

4. Seterusnya, anda boleh bilas kuali non-stick sehingga hilang kesan sabun dan bersih semuanya.

5. Akhir sekali, anda perlu lap kuali non-stick untuk keringkan supaya air tak melekat pada permukaannya.

Semasa memakai kuali non-tick untuk memasak di dapur, anda perlu gunakan dua jenis senduk yang sesuai iaitu silicon atau kayu untuk mengelakkannya daripada tercalar.

Jika tercalar, dikhuatiri fungsi kuali non-stick akan hilang dan makanan akan menjadi melekat seperti anda menggunakan kuali biasa.

Cara cuci kuali non-stick ini sangat membantu buat mereka yang selalu memakainya ketika memasak. Selain lebih tahan lama, ia juga tak cepat rosak dan anda boleh gunakan sepuasnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: wawadels

Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!

Aimi

Recent Posts

Resepi Muffin Vanilla Untuk Pemula, Buat Sekali Confirm Terus Gebu Menjadi!

Jika teringin belajar buat kek di rumah, anda boleh mulakan dengan resepi Muffin Vanilla dahulu.…

4 mins ago

Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Pilih Sebagai Hidangan Terbaik!

Chef terkenal dari New Zealand, Andy Hearnden, baru-baru ini mencuba tiga jenis nasi goreng yang…

8 mins ago

Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali

Siapa yang duduk di kawasan kampung pasti mudah untuk dapat telur itik. Jika anda dapat…

13 mins ago

Iklan Kerja Kosong Kurang Sambutan, Restoran Mamak Sedia Terima Pekerja Etnik Rohingya Jika Kerajaan Benarkan

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk ambil pekerja etnik Rohingya…

2 hours ago

Rahsia Ikan Rebus Lebih Sedap Dari Biasa, Dijamin Tak Hancur & Tak Hanyir!

Pernah tak tercari-cari cara buat ikan rebus agar hasilnya tak jadi terlalu lembik, hancur atau…

3 hours ago

Nasi Lemak Kukus Dengan 5 Bahan, Cara Masak Begini Baru Tak Tinggal Kerak

Jika ingin memasak Nasi Lemak Kukus yang mudah, ikutlah resipi yang kami kongsikan ini. Tambahan…

4 hours ago