PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-08-19 08:27:41

Siapa je yang tak nak hasil maksimum dalam waktu yang singkat? Kita semua impikan badan yang fit dan seksi. Jadi, sini ada list 5 cara untuk turunkan berat dalam hanya seminggu!

1. Mulakan Hari Dengan Air Lemon

Picture Credit: standardmedia.co.ke

Air lemon tau, bukan limau ais macam dekat mamak tu. Buah lemon ni mengandungi potasium yang berguna untuk meningkatkan massa otot kita. Jangan pulak perah air lemon tu direct masuk mulut. Cara paling senang minum nak jadikan dia tak masam sangat is campur dengan air suam. Haa, baru lah selesa and sedap minum!

2. Luangkan Masa Untuk Bersenam

Picture Credit: blogs.discovermagazine.com

Tak berguna jugak jaga pemakanan tapi tak bersenam. Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk bersenam. Kalau tak tau macam mana nak start, boleh lah rujuk Youtube cari video yang mengajar bersenam secara simple. Nak turunkan berat, effort tu kena ada. Cmon guys, NO EXCUSE!

3. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Picture Credit: verywellfit.com

Memang bukan kejutan dah yang karbohidrat ni merupakan sumber lemak yang paling utama. Jadinya, kalau korang ubah diet dengan menggantikan karbohidrat dengan sayur ataupun buah. Takkan sia-sia gantikan daily snacks korang dengan buah-buahan. Admin janji, bukan setakat melihat, malah korang dapat merasa perbezaan dia!

4. Mulakan Hari Dengan Pisang

Picture Credit: cosmosmagazine.com

Pengambilan pisang pada waktu pagi bukan sahaja sihat, tetapi juga lebih mudah untuk rasa kenyang. Point dia kat sini, korang tak perlu makan banyak kalau dah makan pisang. Bukan itu je tau benefit dia. Pisang ni juga boleh digunakan sebagai face mask!

5. Jangan Lewat Ambil Sarapan!

Picture Credit: eggs.ca

Ramai yang ingat kalau kurang makan ataupun skip meals, boleh turunkan badan dengan cepat. Korang mungkin tak tahu yang sarapan pagi ialah sarapan paling penting. Tanpa sarapan pagi, kita takkan dapat tenaga yang kita perlukan untuk mulakan hari. Ini akan menyebabkan kita makan banyak untuk makan tengahari. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, korang perlu makan sarapan pagi dengan secukupnya.

Admin harap sangat tips-tips ni dapat membantu korang untuk menurunkan berat. Ingat, tanpa jaga makan dan bersenam, takkan ada hasil. Effort yang secukupnya diperlukan. Good luck!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN